Tuesday, August 23, 2011

Kelebihan Malam LailatulQadar


““Sesiapa yang menghidupkan malam Lailatul Qadar dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala, maka diampunkan baginya dosa yang telah lepas dan sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala, maka diampunkan baginya dosa yang telah lepas.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Para sahabat nabi risau kerana tidak dapat berjihad dan beribadat seperti umat terdahulu, misalnya Bani Israel yang berjihad selama 80 tahun. Lalu Allah menurunkan surah Al-Qadr untuk menenangkan para sahabat nabi yang risau itu dan pahala beribadat pada malam itu lebih baik dari 1000 bulan iaitu sekitar 84 tahun.
Al-Qadr [3] Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan.
Al-Qadr [4] Pada Malam itu, turun malaikat dan Ruh (Jibril) dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut);
Malam itu tidak panas dan tidak sejuk dan pada paginya matahari naik tidak banyak cahayanya kerana banyak malaikat turun naik pada malam itu:
Dan dari Ibnu Abbas radhiyallahu ‘anhu, ia berkata, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:“Malam al-Qadar adalah malam yang indah penuh kelembutan, cerah, tidak panas dan tidak juga dingin. Manakala pada keesokan harinya sinar mataharinya kelihatan melemah kemerah-merahan.” (Hadis Riwayat ath-Thayalisi (394), Ibnu Khuzaimah (3/231), al-Bazzar (1/486) dan sanadnya hasan)
“Pagi hari (setelah) Lailatul Qadar, matahari terbit tidak menyilaukan (tanpa sinar), seakan-akan ia bejana sehinggalah ia meninggi.” (Hadis riwayat Muslim (762))
Setengah ulama mengatakan “Ruh” yang turun pada malam itu ialah Jibril berdasarkan ayat yang menyebut “RohulQudus” ialah malaikat Jibril.
Baqarah [87]….dan Kami berikan kepada Nabi Isa Ibni Mariam beberapa mukjizat serta Kami teguhkan kebenarannya dengan Rohulqudus (Jibril).
Antara kelebihan Lailatul Qadar ialah malaikat yang berada di Sidratul Muntaha turun ke bumi dengan izin Allah pada malam itu.Sidratul bererti pokok bidara manakala Muntaha ialah sempadan iaitu sempadan sebelah atas langit, selepas langit yang ke tujuh. Semasa peristiwa Isra’ Mikraj, malaikat Jibril hanya boleh menghantar Rasulullah s.a.w. hingga setakat pokok bidara ini sahaja.
An-Najm [13] Dan demi sesungguhnya! (Nabi Muhammad) telah melihat (malaikat Jibril, dalam bentuk rupanya yang asal) sekali lagi, [14] Di sisi “Sidratul-Muntaha”; [15] Yang di sisinya terletak Syurga “Jannatul-Makwa”.
Manakala setengah ulama lagi mengatakan ia adalah satu malaikat yang kakinya berada di bawah lapisan ke tujuh bumi dan kepalanya di Arasy, mempunyai 1,000 muka, dan setiap muka mempunyai 1,000 mulut, setiap mulut bertasbih (mengucapkan Subhanaalah) dalam bahasa yang berlainan. Apabila ia bertasbih, semua malaikat lain sujud kerana takutkan Allah. Dikatakan malaikat yang turun akan merayau-rayau seluruh dunia dan masuk ke rumah orang Islam serta memberi salam kecuali kepada 3 golongan:


  • Orang Islam yang makan babi


  • Orang Islam yang derhaka kepada ibubapa


  • Orang Islam yang memutuskan silaturrahim

  • Pada malam itu malaikat turun bersama 4 panji-panji iaitu 4 bendera yang diletakkan di 4 tempat iaitu:
    • Satu bendera diletakkan di atas Maqam nabi.
    • Satu bendera diletakkan di Baitul Maqdis
    • Satu bendera diletakkan di Baitullah
    • Satu bendera diletakkan di Bukit Thur
    Bilakah waktunya?
    Pada mulanya Rasulullah s.a.w. telah mendapat tahu tentang bilakah malam Lailatulqadar, namun belum sempat Baginda hendak memberitahu sahabat, Baginda terlupa kerana melihat dua orang sahabat sedang bertengkar.
    Aku keluar untuk mengkhabarkan kepada kamu berkenaan Lailatul Qadar, tetapi ada dua orang sedang berselisih sehingga pengetahuan berkenaannya tidak diberikan. Mudah-mudahan ini lebih baik bagi kamu, carilah di malam 29, 27, 25 (dan dalam riwayat lain, pada malam ke tujuh, sembilan dan lima).” (Hadis Riwayat al-Bukhari (4/232))
    Nabi s.a.w. menyuruh umatnya mencari Lailatulqadar pada 10 malam terakhir, terutamanya malam-malam ganjil. Allah suka pada yang ganjil (witir). Allah suka pada sembahyang yang ganjil bilangannya seperti sembahyang witir.
    Sabda Rasulullah s.a.w. dalam hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim yang bermaksud: Carilah Malam Lailatul Qadar pada 10 malam terakhir. Dalam hadis yang lain yang telah diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari yang bermaksud: Carilah Malam Lailatul Qadar pada malam ganjil 10 hari yang terakhir.
    Waktu lailatulqadar tidak sama antara satu tempat dengan tempat lain. Imam Ghazali mempunyai formula untuk mengira lailatulqadar berdasarkan hari mula puasa mengikut pengalamannya. (mungkin boleh dipakai di Malaysia kerana tempat beliau di Iran atau Iraq tidak jauh dari sini)
    Jika Awal Ramadhan (1 Ramadhan) jatuh pada hari :
    [1] Ahad atau Rabu – Malam Lailatul Qadar dijangka akan berlaku padamalam ke-29 Ramadhan;
    [2] Isnin – Malam Lailatul Qadar dijangka akan berlaku pada malam ke-21 Ramadhan;
    [3] Selasa atau Jumaat – Malam Lailatul Qadar dijangka akan berlaku padamalam ke-27 Ramadhan;
    [4] Khamis – Malam Lailatul Qadar dijangka akan berlaku pada malam ke-25 Ramadhan;
    [5] Sabtu – Malam Lailatul Qadar dijangka akan berlaku pada malam ke-23 Ramadhan.
    Cara Nabi mendapatkan lailatul qadar
    Dari Aishah Radiallahu-Anha ia berkata :
    Bahawasanya Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam beriktikaf pada sepuluh hari terakhir di bulan Ramadhan, sehinggalah baginda wafat, kemudian para isteri baginda meneruskan amalan beriktikaf selepas kewafatannya.
    Kebiasaannya Nabi Muhammad s.a.w. beriktikaf dengan memasuki masjid pada petang 19 Ramdahan selepas waktu Asar. Iktikaf bererti berhenti di masjid, berhenti dari segala urusan dunia, disertai niat untuk berhenti di dalam masjid sambil melakukan amalan seperti membaca al-quran, bertasbih dan sembahyang.Isteri-isteri Baginda pula beriktikaf di rumah masing-masing iaitu di tempat yang biasanya mereka bersembahyang. Hukum iktikaf pada 10 akhir Ramadahan ialah fardu kifayah dalam mazhab Hanafi dan sunat muakkad dalam mazhab Syafie.
    Nak buat apa pada malam itu?
    Usaha, dapatkan dan carilah Lailatulqadar. Bangunlah kira-kira dalam pukul 2-3 pagi dan buatlah apa-apa ibadat pun seperti berzikir, sembahyang, membaca quran.
    Nak minta apa jika bertemu malam itu?
    Siti Aisyah r.a. juga bertanya kepada Nabi s.a.w. tentang doa apakah yang perlu diminta jika bertemu Lailatulqadar. Jawab baginda bacalah “Allahumma innaka ‘afuwwun karimtuhibbull ‘afwa , fa’fu ‘anni,seperti yang selalu dibaca selepas sembahyang tarawikh.
    Telah diriwayatkan dari ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha bahawa dia bertanya, “Ya Rasulullah, apa pendapatmu jika aku mendapat Lailatul Qadar (mengetahui terjadinya), apa yang mesti aku ucapkan?” Beliau menjawab,
    “Ucapkanlah, Ya Allah Engkau Maha Pengampun dan Mencintai orang yang meminta ampunan, maka ampunilah aku.” (Hadis Riwayat at-Tirmidzi (3760), Ibnu Majah (3850) dari ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha. Sanadnya sahih)

    Jawatan Kosong untuk Diisi

    Posted: 20 Aug 2011 07:28 PM PDT
    Jawatan Kerja Kosong Felda
    Our foray into global ventures and our drive to establish an international presence offer a vast platform of career opportunities to talented and dynamic individuals who seek to stretch their potential within a challenging and stimulating environment. Our commitment to providing our human capital exposure gives employees a wide range of knowledge and experiences for a fulfilling career. We look for outstanding individuals from diverse backgrounds with passion for taking on challenges. If that's you, then come join our highly integrated and forward thinking organisation.

    1. Kadet Penyelia


    Tarikh Tutup Permohonan:- 24 Ogos 2011

    Permohonan adalah dipelawa daripada WARGANEGARA MALAYSIA yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan berikut:-

    1. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI)

    MUAT TURUN SYARAT LANTIKAN


    KLIK SINI UNTUK PERMOHONAN SECARA ONLINE

    Tarikh Tutup Permohonan:- 09 September 2011

    This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now


    Posted: 20 Aug 2011 07:18 PM PDT

    Jawatan Kerja Kosong Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM)
    Kerja Kosong Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM)
    SIRIM Berhad is a wholly owned by the Malaysian Government under the Minister of Finance Incorporated. With over forty years of experience and expertise as the governments mandated machinery for research and technology development, SIRIM is also the national champion of quality. SIRIM focus on discovering and developing new technologies to help businesses compete better through quality and innovation. SIRIM is recognized the world over as a global research and standards development organization. One of the nine founding members of the Global Research Alliance (GRA), a cooperation of leading knowledge-intensive technology organization from nine countries in four continents, committed to developing global knowledge networks for industry and industrial sectors to enhance their competitiveness. SIRIM is also the secretariat of the World Association of Industrial and Technological Organisations (WAITRO), an independent association of industrial research organizations founded under the auspices of the United Nations, with 160 members in 80 countries. As the national standards development agency, SIRIM plays an active role in international standards development. We coordinate the countrys participation in international standardization activities, where Malaysia is a participating member in over 80 ISO Technical Committees and Subcommittees. SIRIM is also a signatory to the international Committee of Weights and measures Mutual Recognition Arrangement (CIPM-MRA). SIRIM also acts as the local inspection agency for over 20 foreign certification bodies with regards to conformity assessment for Malaysian Exports.

    1. SENIOR EXECUTIVE - QUALITY AND MANAGEMENT CENTRE
    2. EXECUTIVE - GROUP QUALITY AND OSHE DEPARTMENT


    MUAT TURUN SYARAT KELAYAKAN & PERMOHONAN ONLINE

    Tarikh Tutup Permohonan:- 31 Ogos - 2 September 2011
     
    1. Di bulan Ramadhan ni, hanya temuduga
        Latihan Jururawat dan Pembantu Kesihatan
        diadakan oleh SPA. Insyallah, selepas Raya
        nanti, pembekuan pengambilan jawatan
        dalam gov berakhir. (berdasarkan pekeliling
        terdahulu, pembekuan sehingga Ogos 2011
        sahaja)



    2. 10 Sept - Exam PTD dijalankan. Dimaklumkan,

      ianya dijalankan di negeri Perak sahaja. Ini
      maklumat yang saya perolehi dari suatu sumber.
      Sesiapa yang rasa terlibat tu, sila semak samada
      surat ada dihantar oleh SPA atau tidak....(semakan
      di laman web, tiada lagi rasanya)

    Remove Facebook Virus “Hi, How are you”

    Recently, there are new facebook virus that attacks alot of Facebook users... It is spreading via Facebook's IM (Instant Messaging a.k.a. chatbox), and it is started like this :\

    "Hi. How are you?"
    you repiles...

    "Wanna laugh?"
    you replies...

    "Is it you on the video? want to see?"
    And it will send you a LINK and DO NOT click the link!!!

    What? you already clicked it?
    Dont worry, this is the solution...

    If your computer automatically turned off and then it will start in safe mode, dont worry...
    Just follow this step...

    1 : Click "Start" button
    2 : Search : msconfig

    3 : Run it and it will be like this :

    4 : Click on the "Boot" tab and if you are really "infected", it should be like this :

    5 : Untick "Safe boot" until you see this :

    6 : Click "OK" and then restart your PC...and its done!!!

    Credit : NazFaliq

    Monday, August 22, 2011

    BORANG PERMOHONAN DAN SYARAT KELAYAKAN SKIM LATIHAN 1 MALAYSIA


    Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah melancarkan Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) pada 1 Jun 2011 yang bertujuan membantu para siswazah mendapat pekerjaan yang sesuai dengan kelayakan mereka.
    Di bawah skim tersebut, siswazah yang tidak mendapat kerja dalam tempoh enam bulan selepas tamat pengajian berpeluang menerima latihan dengan syarikat-syarikat milik kerajaan (GLC) selama setahun.
    Mereka juga layak menerima elaun minimum RM1,000 sebulan sepanjang tempoh latihan tersebut.
    Selain didedahkan dengan kemahiran seperti ‘soft skills’, siswazah berkenaan turut menerima latihan dalam kerja dan akan dibantu untuk mencari kerja tetap selepas tamat latihan.
    SL1M dilaksanakan berdasarkan kejayaan program latihan singkat oleh Bank Negara kepada siswazah dari keluarga miskin dan ia terbukti berjaya meningkatkan keyakinan diri peserta.
    Menurut satu kenyataan daripada Jabatan Perdana Menteri, semua graduan Sarjana Muda dari institusi pengajian tinggi dalam dan luar negara yang mencapai purata nilai gred kumulatif (CGPA) sekurang-kurangnya 2.5 layak memohon SL1M.
    Antara syarikat yang menyertai program tersebut ialah Affin Bank Berhad, Axiata Group Berhad, Malayan Banking Berhad, Malaysia Airports Holdings Berhad, Telekom Malaysia Berhad dan Tenaga Nasional Berhad.
    Untuk maklumat lanjut tentang  program pelaksanan dan cara permohonan,syarat SL1M ini,anda boleh melayari laman sesawang yang menghubungkan SL1M  pada tajuk pautan dibawah


    Saturday, August 20, 2011

    Intern.MY – Temui Tempat Latihan Industri Anda


    Jikalau sebelum ini kita lihat pelancaran laman Hired.MY yang memudahkan semua orang mencari tempat kerja, selain menawarkan servis mereka, kini pembangun disebalik lamanRotiKaya memperkenalkan laman Intern.MY yang mana memudahkan para pelajar mencari tempat praktikal di seluruh Malaysia mengikut bidang mereka.

    Antaramuka Laman Intern.MY
    Seperti sedia maklum, pencarian tempat untuk praktikal boleh dikatakan sedikit sukar. Selain daripada itu, pada masa yang sama, setiap universiti mempunyai pangkalan data mereka yang tersendiri untuk memudahkan para pelajar mereka untuk menemui tempat praktikal masing-masing. Namun begitu, ianya jarang dikemaskini oleh pihak universiti. Tetapi, dengan adanya laman Intern.MY yang memperlihatkan sekali tarikh tamat untuk tawaran beserta dengan peta lokasi yang dijana oleh Google Maps, ianya amat memudahkan para pelajar dalam pencarian lokasi praktikal mereka.
    Intern.MY menggunakan platform WordPress untuk beroperasi, dan para pelajar boleh menghantarkan resume mereka dengan mudah melalui laman tersebut tanpa sebarang pendaftaran, dan sebaliknya, sekiranya anda mencari para pelatih industri untuk syarikat anda, anda boleh mendaftarkan diri dan mula memperlihatkan tawaran latihan industri pada harga cuma RM25 sahaja, dan temui pelatih industri yang amat bersesuaian dengan anda.

    Sunday, August 7, 2011

    Yamaha 135LC Versi 2011 Terbaru Kini Tiba. Perghh Terujanya!




    new yamaha 135 lc 2011 baru terbaru


    Wah teruja aku tengok rupa baru Yamaha 135LC versi 2011 ni.. Seriously, memang cool habes! Aku rasa nak tukar ar moto yamaha Lagenda ZR tu dengan Yamaha 135 LC yang baru ni. Antara ciri-ciri terbaru Yamaha 135LC adalah:

    1. Lampu belakang dengan smoke lens.. cantek sangat!
    2. Ada inner rear fender/guard untuk tayar belakang macam yang ada kat Yamaha 125 tu… perghh smart tu..
    3. Ada penutup kunci macam yang ada kat model Yamaha lain seperti Lagenda.
    4. Speedometer yang ringkas dan jelas. Cool ar!
    5. Storage box kat bahagian bawah seat. Ini biasa je kan hehe
    6. Monocross suspension. Sama macam versi terdahulu.
    7. Kat bahagian sisi fairing depan ada lubang angin. Nampak lebih sporty tu.
    8. Enjin masih seperti versi terdahulu. Rasanya tiada apa-apa pembaharuan dibuat pada model pengenalan ni.

    Harga bagi Yamaha LC135 versi 2011 terbaru ni dijangkakan dalam RM6500 ar..

    Nampaknya ura-ura yang mengatakan tayar belakang akan menggunakan brake-disc tu tak betul. Model terbaru Yamaha LC 135 ni still guna drum brake untuk tayar belakang. Tapi ada readers blog ni kata versi brake-disc belakang hanya untuk model yang ada clutch. Aku pun tak pasti lagi betul ke tak..

    Dan juga ura-ura mengatakan Yamaha LC terbaru ni guna 5 kelajuan gear pun tak benar. Versi baru ni still guna 4 kelajuan gear. Apa pun jom kita layan gambar motosikal Yamaha 135 LC terbaru untuk tahun 2011 ni.



    rupa yamaha lc 135 2011
    Seriously, yang terbaru ni nampak lebih segak dan gagah!






    lampu depan yamaha lc 135 gambar
    Rupa yang lebih garang dari versi terdahulu.




    guard tayar depan yamaha lc 135 baru 2011
    Bentuk guard depan yang lebih menyerlah!






    new fairing yamaha lc 135 baru 2011
    Fairing sisi yang diperbaharui dengan lubang angin. Smart arr!






    fender tayar belakang yamaha lc 135 baru 2011
    Ada fender untuk tayar belakang macam Yamaha 125. Takde ar kotoran tersebar sangat. Canggih ar!






    speedometer yamaha 135 lc baru 2011
    Speedometer yang lebih ringkas dan jelas. Cantek nih!






    penutup kunci yamaha lc 135 baru 2011
    Ada penutup alur kunci! Ciri terbaru ni dapat melengahkan serta buat pencuri berfikir dua kali. Thumbs up Yamaha!




    tempat simpan barang yamaha lc 135 2011
    Tempat simpan barang – muat untuk simpan glove, kain lap air hujan bila seat basah dan peralatan spanar. Ini contoh barang-barang aku ar hehe




    lampu belakang lc 135 baru 2011
    Rupa lampu belakang ni kureng menarik sikit ar. Better yang lama. Boleh sumbat dengan lampu dari model motosikal yang lain macam lampu dari CBR150.


    Jadi apa pendapat korang? Gempak tak moto ni? Ke biasa-biasa saja? Kawan baik aku ni kata moto ni biasa je dan takde apa-apa yang gempak pun. Tapi aku tak pasti ar kot nanti ada keluar special edition yang lebih gempak dari model pengenalan yang baru ni. Kita tunggu je. Siapa-siapa yang dah tergoda boleh gi tempah sekarang!

    Friday, August 5, 2011

    Contoh Pengalaman Majikan Mengambil Student Praktikal

    Bijakkah Pelajar Kita? Perhatian kepada "Practical Student".

    “Need immediate attention and call me XXX-XXXXXX”. Saya terlepas pandang subjek email (kerana membaca melalui telefon) dan saya sangkakan ianya email dari pelanggan saya, memandangkan alamat email dari individu dan bukannya spam.
    email pertanyaan tentang latihan praktikal 1
    Bersama email tersebut dilampirkan surat. Ia merupakan surat permohonan untuk menjalankan latihan amali (internship) di firma saya. Tidak dinyatakan tarikh bila latihan hendak dijalankan kecuali dinyatakan nama serta kursus yang beliau ikuti di sebuah universiti terkemuka. Kebetulan saya adalah bekas pelajar universiti tersebut.
    Saya kecewa. Email tersebut seolah-olah “mengarahkan” saya agar memberi maklumbalas segera kepada beliau. Siapakah beliau untuk mengarahkan saya?
    Beberapa minggu kebelakangan ini saya menerima banyak permohonan untuk menjalani latihan amali atau praktikal di firma kecil saya ini. Tiada satu pun permohonan yang saya terima memuaskan hati saya. Bukan saya memilih orang atau pencapaian akademik yang bagus untuk saya terima, tetapi cara permohonan.

    email pertanyaan tentang latihan praktikal 2
    Polisi syarikat saya amat mudah, “first come, first served”. Saya hanya mempunyai 2 atau 3 kekosongan setiap penggal untuk pelajar menjalani latihan amali. Siapa yang pohon dulu dia yang dapat. Tak kira samada pelajar cemerlang ataupun tidak, lelaki atau perempuan, kurus atau gemuk..semuanya saya terima. Kerana bagi saya, setiap pelajar patut diberikan peluang sama rata.
    Tetapi saya cukup tidak suka dengan sikap pelajar kita sekarang. Pohon tempat untuk praktikal selama 2-3 bulan macam nak beli nasi lemak tepi jalan. Tidakkah mereka terfikir yang latihan amali adalah proses sebenar yang perlu dialami di alam pekerjaan. Untuk memohon sesuatu kerja atau jawatan, adakah hanya angkat telefon atau email “En. Khairul, ada kerja kosong tak?” Adakah itu cukup untuk memenangi hati saya untuk memberikan awak kerja?
    Salahkah jika mereka mengambil sedikit daya usaha atau “effort” untuk menulis email secara rasmi? atau menelefon dan bercakap secara rasmi? Atau mereka tidak diajar untuk berbuat demikian? Kalau universiti tak ajar takkan ibubapa pun tak ajar? Payahkah untuk menulis atau bercakap sekurang-kurangnya begini?
    Salam Tuan/Puan,
    Saya Siponen binti Sipolan seorang pelajar Tahun 3 jurusan Lukis Melukis di Universiti Best. Saya sedang mencari tempat untuk menjalani latihan amali dari 15 Mei 2011 sehingga 15 Julai 2011 selama 3 bulan. Sekiranya di tempat tuan/puan mempunyai kekosongan untuk tujuan tersebut, dan sesuai dengan jurusan yang saya ambil, bolehkah saya memohon?.

    Terima kasih.

    Siponen binti Sipolan

     
    Sekurang-kurangnya ayat sebegitu akan memberi tanggapan awal kepada saya bahawa penulis email tersebut adalah seorang yang “pakai otak” dan belajar di uinversiti. Tetapi hampir kesemua pemohon, termasuk yang sedang menjalani latihan di firma saya sekarang hanya memohon secara ala kadar. Selepas dihubungi dan diminta mengemukakan dokumen-dokumen yang perlu untuk diproses, dihantarnya resume. Selepas dihubungi lagi, dihantarnya surat pengesahan pelajar, dan seterusnya
    .
    Proses yang sepatutnya mengambil masa 1 hari menjadi 4-5 hari dan menyusahkan untuk diri sendiri serta orang lain.
    Yang lebih teruk, satu “template” email dan surat di email kepada banyak syarikat tanpa rasa bersalah untuk menukar tajuk dan alamat surat. Saya menerima satu email bertanyakan tentang latihan amali. Emailnya ringkas dan bunyinya begini. “Saya ingin memohon menjalani latihan praktikal di syarikat tuan. Disertakan surat dan resume saya.” Habis. Email kepada saya adalah di”forward” dari email yang telah beliau hantar ke syarikat lain sebelum ini. Saya pun baca isi kandungan surat permohonanya. Surat tersebut ditujukan kepada KRU, syarikat adik beradik yang glamour tu tetapi dikepilkan kepada saya.
    Gamaknya apa perasaan saya? Tidakkah beliau terfikir (sebagai seorang yang berpendidikan universiti di tahun akhir) yang surat begitu akan terus melenyapkan peluang beliau? Seolah-oleh tulis surat cinta kepada Ayu tetapi hantar kepada Shila. Pasti Shila akan melenting dan tinggalkan beliau. Jadi, saya tidak melayan permohonan tersebut, walau sebagus manapun dia. Saya perlukan “attitude” yang bagus untuk bekerja dengan saya.
    Kepada para pelajar yang masih belum menjalani latihan praktikal dan akan menjalaninya nanti, sila ambil perhatian kepada perkara-perkara berikut :-
    1. Ubah persepsi andaanggaplah permohonan untuk menjalani latihan amali ibarat anda memohon pekerjaan. Anda perlu “impressed”kan bakal majikan anda.
    2. Buat pertanyaan melalui telefon atau email secara rasmi. Seeloknya buat surat rasmi dan lampirkan bersama email anda. Email juga harus ditulis dengan bahasa dan ayat yang sesuai.
    3. Pastikan beberapa perkara berikut dinyatakan di dalam permohonan awal anda. (Sangat penting)
    • Nama
    • No Telefon / Email
    • Universiti
    • Kursus
    • Tarikh Latihan – dari, sehingga
    4. Sekiranya mendapat jawapan dari syarikat yang dipohon. Silalah kemukakan dokumen-dokumen berikut :-
    • Surat rasmi permohonan anda (individu)
    • Surat rasmi dari universiti anda (menyatakan dengan jelas tentang keperluan latihan amali serta pengesahan diri anda)
    • Resume anda
    5. Sekiranya semua dokumen anda sudah diproses dan mendapat surat tawaran dari syarikat. Silalah balas email mereka dan ucapkan terima kasih kerana memberi peluang kepada anda. (Susah sangatkah nak ucap terima kasih?)
    Mungkin ada yang beranggapan ini adalah perkara remeh. “Alah, benda simple tu pun nak kecoh”. Tetapi ingatlah GENERASI Y, anda berada di pihak yang memohon bukan memberi. Bahasa anda mencerminkan siapa anda. Jadi ingatlah, budi bahasa yang baik mencerminkan siapa diri anda dan tahap kebijaksanaan anda. Jangan ingat anda boleh gunakan bahasa yang sewenang-wenangnya apabila berurusan secara rasmi seperti menulis sms kepada kawan atau update status di facebook dan blog anda!

     Credit to blog :khairulabdullah

    SAMPLE OF APPLICATION LETTER FOR PRACTICAL TRAINING

    Natashya binti Hashim
    34, Jalan Cengal
    Taman Cenderai
    43450 Kajang

    10 January 2007

    Manager
    Agromac Sdn Bhd
    493A Jalan Pasir Puteh
    31650 Ipoh

    through and cc:

    Assoc. Prof. Dr Mohd Ridzwan Abd Halim
    B.Ag Sc. Program Coordinator
    Department of Crop Science
    Universiti Putra Malaysia
    43400 Serdang

    (Tel: 03-89466933 Fax: 03-89435973 h/p: 012-3317995
    E-mail: ridzwan@agri.upm.edu.my )

    Dear Sir/Madam

    Application for Practical Training

    I am a student at Universiti Putra Malaysia who is currently pursuing the Bachelor in
    Agriculture Science degree. I have completed seven semesters of study and I am now
    looking for a place to do my Industrial Training attachment for a period of 16 weeks
    from 24 December 2007 to 12 April 2008.

    I would really appreciate it if you could accept me as a trainee in your company to
    fulfill my industrial training requirement. I have chosen to apply to your company for
    this purpose because I am interested in a career in research, promotion and marketing
    of products to service the agriculture sector of our country. I believe I could gain
    valuable experience as a trainee in your company to further my career goal.

    I enclose my resume together with this letter for your information. I hope to meet
    with a favorable response.

    Thank you.

    Yours sincerely,

    (Natashya binti Hashim)

    CONTOH SURAT KEPADA MAJIKAN


    Tarikh            :           10 Mac 2011
    Surat Kami    :           500-FSSR (HEP 14/3/4)


    Pengarah Negeri
    Tourism Malaysia Pahang
    Lot G-01, Mahkota Square, Jalan Mahkota,
    25000 Kuantan
    PAHANG
    U/P: EN. AMRAN BIN ABD RAHMAN



    Y. Bhg. Dato’ / Datin/ Tuan/Puan

    LATIHAN AMALI PELAJAR PROGRAM (JABATAN FOTOGRAFI & PENGIMEJAN KREATIF) FAKULTI SENI LUKIS DAN SENI REKA SELAMA 2 BULAN
    ( 02 MEI 2011 HINGGA 03 JULAI 2011)


    Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa latihan amali merupakan sebahagian daripada keperluan akademik pelajar-pelajar FSSR, UiTM. Pendedahan melalui latihan amali membolehkan mereka merasa dan mengalami situasi serta suasana bekerja sebenar justeru berkebolehan dari segi akademik dan profesionalisma.

    Oleh itu, sukacita sekiranya organisasi tuan dapat membantu UiTM untuk mencapai matlamat tersebut dengan memberi peluang kepada pelajar-pelajar Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka untuk menjalani latihan amali di organisasi tuan selama 2 bulan dari 02 Mei 2011 hingga 03 Julai 2011.

    Untuk makluman tuan, pelajar-pelajar yang akan menjalani latihan amali ini adalah terdiri daripada pelajar tahun akhir. Bersama ini disertakan lampiran butiran pelajar-pelajar yang terlibat untuk tindakan pihak tuan selanjutnya.

    Sekiranya dipersetujui diharap pihak tuan dapat memberi pengesahan rasmi dengan mengembalikan borang jawapan seperti yang dilampirkan. Perhatian dan kerjasama tuan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.


    Yang benar

    PROF. MADYA DR. MOHAMAD HARIRI HJ ABDULLAH
    Timbalan Dekan (Kualiti dan Penyelidikan Jaringan Industri)

    disertakan…



    Tarikh             :                      
    Surat kami     :           500-FSSR (HEP 14/3/4)   
    Surat Tuan     :          





    Tuan

    LATIHAN AMALI PELAJAR PROGRAM SARJANA MUDA FOTOGRAFI & PENGIMEJAN KREATIF DENGAN KEPUJIAN, FAKULTI SENI LUKIS & SENI REKA

    Adalah dengan ini dimaklumkan bahawa kami bersetuju/tidak bersetuju menempatkan (1  ) orang pelajar menjalani latihan amali.



    Bil.       Nama Pelajar                                  K/P Persekutuan                  K/P UiTM

    1.         FARAH HABIBAH BINTI MUSTAFA  881231-06-5454                     2008730539


    Cover Letter,Reseme@Curriculum Vitae


    Ridzuan Bin Saudi
    SK Putatan,
    Penampang,
    88200 Kota Kinabalu, Sabah
    ..........................................................................................................................................................................
    Attn: Human Resource Manager
    Promenade Hotel,
    Perusahaan Pusaka Timur Sdn Bhd,
    No, 4, Lorong Api-Api 3,
    Api-Api Centre,
    88000 Kota Kinabalu, Sabah. Date: 23rd June 2008

    Dear Sir,

    JOB APPLICATION AS ACCOUNTS EXECUTIVE
    I, as above would like to apply for position as Accounts Executive in Finance Department as advertised in Daily Express close date 30th June 2008. I am a Universiti Teknologi MARA fresh graduate with a Bachelor’s Degree in Accounting. I have the maturity, skill and abilities to embark on a career in this company.
    My work experience to date includes 6 months as Audit Trainee at Atarek Kamil Ibrahim & Co. I learned how to operate as a team and able to communicate effectively at all levels. During my time there, I also discovered an aptitude for detailed and accurate work. Full information on the duties undertaken is included in my enclosed curriculum vitae.
    In universities, I involves with many clubs and association including appointed as President of Student Representative Council. I learned how to delegate task, teamwork, organize events, table etiquette, and events protocol. It strengthens my self confidence and public relation at all levels.
    I am presently seeking to join a company that offers opportunity for growth and advancement. I would be proud to be a part of the company continued success. I will bring to the company strong leadership competencies and decision-making abilities. I am also young, energetic and committed to achieve corporate goals.
    Attached is my resume which provides more detailed information about my studies and working experience. My contact details are 012-8584106 and email rdzuan_83@yahoo.com.my.
    Thank you for taking time to read my letter. I am looking forward to hear from you soon.

    Sincerely
    ______________________
    ( RIDZUAN BIN SAUDI )
    Enclosed: Resume
    CURRICULUM VITAE@RESUME

    CURRICULUM VITAE

    Personal Directory
    Ridzuan Bin Saudi
    SK Putatan,
    Penampang,
    88200 Kota Kinabalu, Sabah
    Tel: 012-8584106 (HP)
    Email: rdzuan_83@yahoo.com.my
    ,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,
    Career Objective
    I am looking for a position where I can make a good use of, and further develop my broad-based and through education in accounting and finance.
    Personal Data


    Date of birth: 29th August 1983
    Gender: Male
    Status: Single
    Religion: Muslim
    Nationality: Malaysian
    Education
    Dec 2005 – June 2008 Universiti Teknologi MARA (UiTM) Sarawak
    Bachelor Degree’s (Hons) in Accountancy
    CGPA: 2.81 / 4.00

    Nov 2002 – Nov 2005 Universiti Teknologi MARA (UiTM) Sarawak
    Diploma in Accountancy
    CGPA: 3.14 / 4.00

    June 2002 – Oct 2002 Universiti Teknologi MARA(UiTM) Sarawak
    Pre-Commerce
    CGPA: 3.83 / 4.00

    July 2004 Malaysian University English Test (MUET)
    Band Achieved: 4

    1996 – 2000 Maktab Sabah, Kota Kinabalu.
    SPM – 5 credits including English and Maths
    PMR – 2A 4B 2C

    Working Experience

    June 2007 – Nov 2007 Atarek Kamil Ibrahim & CO. ( Audit firm)
    Kota Kinabalu
    Audit Trainee
    Responsibilities:
    Handled auditing and taxation work.
    Carried out basic officeprocedures and clerical work,
    including filing and photocopying.

    12 until17 June 2008 Universiti Teknologi MARA (UiTM)
    Sarawak
    Official Counting Of Population
    Responsibilities:
    Meeting public respondent to fill up Questionnaires
    form for research purpose.

    Club/ Association Involvement


    Majlis Perwakilan Pelajar 06/07 President
    Bachelor in Accountancy Association 06/07 President
    Pembantu Minggu Mesra Siswa UiTM 06/07 President
    Diploma in Accountancy Association 04/05 Exco of welfare
    Kelana Mahasiswa Club 05/06 Secretary
    5S Squad 04/05 Members
    KMK Squad 05/06 Members

    Additional Skills

    Computer skills: Microsoft Office, UBS Accounting Software, MR. Accounting Plus.
    Familiarity with Windows environment and use of spreadsheet and database.
    Keyboard Skills: 40 w.p.m.
    License: Full (D-class), clean, Malaysian Driving license

    Reference:

    Mr. Mohd Shah Bin Mahat Miss Rozianah Bt Gosutim
    Lecturer Audit Senior
    UiTM Sarawak Atarek Kamil Ibrahim & CO.
    Tel: 012-8569529 Tel: 088-245268

    Wednesday, August 3, 2011

    Panorama sekitar kawasan kampus UiTM Puncak Alam

    Assalamualaikum w.b.r dan Salam Sejahtera kepada semua!

    Pada kali ini, saya ingin berkongsi gambar-gambar kawasan kampus saya pada semester ini iaitu UiTM Puncak Alam. Kami dimaklumkan ketika sesi taklimat tempohari bahawa kampus ini telah siap dibina sepenuhnya pada Jun 2009 yang lalu.  Oleh itu, kami adalah batch yang ketiga berada di kampus ini. wow!

    Sememangnya, kampus baru mstilah serba canggih kan. [betul! betul!]
    Sebelum tu, saya nak terangkan, UiTM kat Shah Alam ada 3, of course main campus Shah Alam laa..
    tp sejak Puncak Alam dah siap kena bina, so, kat kampus ni ada 3 faculty yang bertapak di sini,,
    1. Fakulti pengurusan dan teknologi pejabat
    2. Fakulti Sains Kesihatan
    3. Fakulti Farmasi
    so, bangunan kat dalam ni dah dibahagi untuk 3 fakulti.

    Ok, first picture! tadaaa~



    cuba teka bangunan apa ni?
    ni lah dimana terletaknya fakulti office management and technology..
    wowowowwwww...
    hehheee..



    nak tgok dari jauh?
    nah, yang seblah kanan tu bangunan fakulti office mgt dan yang seblah kiri tu bgunan fakulti sains kesihatan, kira berjiran la..
    and of course, kami kna naik lif, waktu sesak mcm biasalah, time pagi2 nak p kelas..huhu..
    berebut2 naik lif, and bangunan ni ada 16 tingkat..
    kalau naik tangga boleh kurus agaknya..hahaa!



    ok, yang ni gambar bangunan fakulti farmasi,,
    next..



    ok, yang gambar sebelum ni adalah bangunan yang paling hujung tuu..
    bayangkan betapa besar nya bangunan fakulti farmasi..



    another view..hehhee,.


    jalan raya kat dpan bangunan fakulti..

    ok, yang ni la yang paling xble tahan,,
    tangga yang menyerupai tangga kat batu caves,,
    tinggi nya mak aih.... semput habis..
    hahahaa!
    ada dgr khabar angin ada 2oo lebih anak tangga..huhu..
    ni tangga dari asrama turun ke bangunan fakulti..


     ni la dia liku2 tangga yang mlambangkan liku2 cabaran sbgai seorang plajar..
    seeewaaaahhh..hehee



    pandangan dari bangunan fakulti, 
    dpat tgok kan 'tangga kejayaan' tu..hehee..ok next..

    ok, beralih daripada cerita tangga kita pergi kepada kelas..
    kelas kat sini smua ada aircond [maybe? or just fakulti o.m ]


    papan hijau kat smua kelas berada kat tengah2 antara dua pintu ..hehee..
    so, sapa2 yang lewat dtg kelas tu knpom malu besar..hehee
    sbb sekelas mnghadap pintu..hahaa!


    pandangan dari luar pintu kelas ke dalam kelas.
    setiap meja lecturer ada pc..


    dari luar pintu.. jadual penggunaan kelas sama ngan kampus sblm nie..hehee..



    ni salah satu pc yang ada dlm makmal komputer..
    sy ambil 1 gambar jerr...
    sorry ek..hehee..


    ok yang ni salah 1 dewan yang boleh dikira dewan seminar laa..
    boleh memuatkan 500 org dlm 1 masa..
    time ni taklimat brsama Dekan Fakulti O.M, 
    difahamkan yang beliaulah yang memberi ijazah kpd para graduan Diploma O.M ketika graduate nnti,,hehee..[my fren told diz, not so sure]



    ni semua family o.m..
    om221, om222, om223 n om224 kemasukan jan 2011.. 
    memenuhi separuh drpd dewan..

    ok, mari kita beralih kepada asrama pulak..
    of course, asrama nya sangatlah memuaskan..
    kami difahamkan, hostel uitm puncak alam adalah yang trbaik d antara semua kampus, 
    ianya bercirikan rumah apartment, masing2 dlengkapi dgn tandas, setiap rumah ada 4 bilik 
    dan setiap bilik ada 2 orang..
    selesa kan..hehe...


    pandangan daripada 'tangga kejayaan' mnuju ke rumah/hostel..hehee..


    disediakan dgn laluan pejalan kaki utk pelajar ke kelas..




    kolej ni terbahagi kpd dua iaitu kolej rafflesia dan angsana, 
    rafflesia ada 6 blok dan angsana ada 5 blog..
    rafflessia ni utk pmpuan...hehee..
    gmbar kat atas ni kira mcm dewan makan laaa...
    plajar lelaki pn ble p sni,,
    kat dlm bgunan ni ada pejabat kolej rafflessia, ada gym dan bebrapa kmudahan lain..




    ok, y ni suasana dalam dewan makan..hehee..luas kan?
    kalu dtg, ble lepak sini..sambil mkn2,,nyummm...




    ni pmandangan dari salah satu pintu keluar dwan yang menghadap ke hostel saya..
    mine is level 5.huhu.tinggikan!
    semua ni ada 8 tingkat..




    outdoor gym d prkarangan hostel..
    [blum try lagi].
    hehehee...



    terapi kaki..hehehe...


    ok. of kos la, hostel 8 tingkat msti ada lif kan..
    hehehe..kalu x, mampus la org atas..hehhee.
    ni lah salah satu kmudahan kat kolej rafflesia dan angsana..hehhee..

    hmm..so how? apa pandangan korang sal uitm puncak alam?
    kekurangan?
    of kos laa ada.. for my opinion is, kampus ni trletak agak jauh dgn bandar, 
    but don worry, bus kat sini sntiasa ada,hehe,,tunggu jak kat bus stop knpom ada bas hantar,,
    tp agak susah la mau hangout sbb dlm 40 minit mau p kl..huhu..

    antara kelebihan ny lagi, 
    kat dlm bilik sejuk jak...mcm d kundasang...chheewaaah...
    jaranglah mau berpeluh dlm bilik, bg y x tahan sjuk tu better matikan kipas n pakai stokin dlm dorm.. baring bawah slimut skali,,hehhee...

    emm... k la kwn2, [tukar mode bckp dlu..haha],
    aku sja mau share ngan kamu smua suasana d sini, 
    ya lah, supaya kamu sama2 ble mbayangkan kehidupan aku d sini..
    xda niat pun aku mok riak or takbur mok tnjukkan kamu ni, 
    aku ni jnis yg suka brkongsi ngan kwn2 pa yang aku rasa, 
    lagi bes if kamu ada d sini sama ngan aku.
    especially kwn2 sprjuangan aku d kampus sblum ni..[miss u oll T.T]..
    smemangnya aku rindukan kamu smua..
    if ada rezki, insya Allah dpt lah blajar d sini juga,,sama2 kita..hehee..AMIN...

    n lagi 1, lecturer d sini suma yang malatopp, 
    maksudnya, yang power ilmu, pgtahuan dan pgalaman..
    so, x rugi blajar ngan dorang, 
    lecturer uitm mmg yang trbaeeekkk laaa..hehee..