Thursday, November 1, 2012

Kadar Cukai Kereta di Malaysia pada kadar 65%-105%

Jawapan Dato ‘ Sri Mustapha Mohamed (Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia) Mengenai Duti Eksais?

Duti Eksais Proton Duti Eksais Kereta Import & Tempatan 65% 105% Tidak Akan Diturunkan Kerana...(Jawapan Menteri)
Bagi kereta yang dikilang oleh syarikat automotif nasional atau kereta jenama asing yang dipasang di Malaysia, ada 2 kos komponen yang dibayar rakyat:
  1. kos kereta (termasuklah keuntungan kepada pengilang/syarikat automotif)
  2. cukai yang dikenakan kerajaan.
Di bawah sistem cukai sekarang, cukai adalah separuh dari harga kereta yang dibayar rakyat – maknanya jika anda membeli kereta pada harga RM50,000, sebanyak RM25,000 daripada harga tersebut adalah bayaran cukai kepada kerajaan.
Duti Eksais Kereta Duti Eksais Kereta Import & Tempatan 65% 105% Tidak Akan Diturunkan Kerana...(Jawapan Menteri)

Soalan-soalan lazim temuduga sektor kerajaan

Saya pon tidak terkecuali dari ingin mendapatkan tips-tips soalan interview dan menghadiri temuduga di sektor awam.Yela,kita pon taw bkn senang nak dapat kerja di sektor kerajaan tak percaya tanya sape2 yg dh pergi even dh berkali -kali tp tak gak dpt kn.So,sape2 yg nk pergi gov.interview kenalah buat homework ckit cm bdak sekolah.

Di sini saya nak berkongsi sedikit tips soalan interview yg sering ditanya:-

1.  Sila perkenalkan diri anda?
2. Apa yang anda tahu tentang Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA)? Apakah peranan yang dimainkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA)?
3.  Kenapa anda yang harus kami pilih, dan bukan calon lain? Apa kelebihan anda??
4.  Apa yang menarik minat kami untuk anda diambil bekerja dengan kerajaan? Mengapakah kami patut mengambil anda bekerja dengan kerajaan?
5.  Setakat yang anda tahu, apakah tugas tugas yang bakal dipikul oleh anda jika nanti? Peranan Jabatan & Kementerian ini? (bergantung kepada jawatan yang anda pohon ketika itu)
6.  Semasa projek akhir disemester anda, apa yang anda lakukan? Minta ceritakan…
7.  Pada  pendapat  anda,  mengapakah  Barrack  Obama  berjaya diangkat  menjadi  Presiden  Amerika Syarikat?
8.  Apakah kelemahan anda yang harus kami ketahui? Adakah anda melakukan sebarang perkara yang akan membantu anda mengatasi kelemahan tersebut??
9.  Apakah matlamat dan perancangan anda untuk jangka masa pendek dan panjang?
10. Sebagai seorang jurutera, selain daripada kepakaran teknikal, apa lagi kemahiran lain yang perlu ada pada diri anda untuk membina sebuah kerjaya yang cemerlang dan membolehkan anda menjadi seorang jurutera yang serba boleh? Apa inisiatif yang anda ingin lakukan?
11. Kenapa memohon bekerja sebagai kakitangan kerajaan. Kenapa tidak swasta? Apa kelebihan dan kekurangan bekerja dengan kerajaan berbanding dalam sektor swasta??
12. Nyatakan satu contoh di mana anda telah menonjolkan bakat kepemimpinan semulajadi dalam melaksanakan sesuatu aktivit atau program yang besar dan berjaya.?
13. Jika anda diarahkan ditempatkan di Sabah Sarawak, adakah anda sanggup?
14. Kerajaan memperkenalkan konsep KPI (Key Performance Indicator) untuk mengukur kecekapan dan keberkesanan menteri menteri yang dilantik di dalam kabinet. Boleh anda ulas sedikit tentang ini?
15. Selain daripada KPI, apa lagi langkah langkah atau mekanisme yang membolehkan sesebuah majikan mengukur kemampuan seseorang pekerja?
16. Sekarang, negara jiran kita masih diselubungi dengan konflik penentangan Baju Merah terhadap kerajaan? Bolehkah anda terangkan apa sebenarnya yang berlaku di Thailand sekarang ini dan punca terjadi krisis tersebut?
17.  Jika anda keluar dari sektor swasta dan masuk ke jabatan kerajaan, bagaimana anda boleh meyakinkan kami bahawa anda tidak akan keluar dan masuk semula ke sektor swasta??
18.   Siapakah Perdana Menteri Britain? Boleh terangkan kepada secara ringkas bagaimana terbentuknya kerajaan Britain hari ini sekaj keputusan pilihanraya Britain diumumkan tempoh hari??
19. Apakah yang anda faham dengan konsep 1Malaysia? Apa pendapat anda dengan konsep dibawa Perdana Menteri Malaysia?
20. Apa yang anda faham dengan Rancangan Malaysia Kesembilan?
21.  Siapakah Perdana Menteri Britain? Boleh terangkan kepada secara ringkas bagaimana terbentuknya kerajaan Britain hari ini selepas keputusan pilihanraya Britain diumumkan tempoh hari?
22. Bagaimana pendekatan yang anda gunakan bagi menyelesaikan konflik atau perselisihan pendapat dengan rakan sekerja anda?
23.  Sila ambil tahu senarai nama menteri Malaysia dan juga timbalannya
24.  Siapakah Siapakah Ketua/ Menteri Besar anda?
25.  Sila dapatkan maklumat setiap Perdana menteri Malaysia dan sumbangan mereka kepada negara
26.  Aung San Suu Kyi adalah pejuang demokrasi yang dinafikan hak hak kemanusiaan oleh negaranya Myanmar. Sebagai sebuah negara yang berada di kerantauan yang sama, apa yang boleh dilakukan oleh Malaysia untuk menyuarakan kerisauan antarabangsa dan dalam masa yang sama mengekalkan hubungan diplomatik kedua dua hala??
27.  Jika anda keluar dari sektor swasta dan masuk ke jabatan kerajaan, bagaimana anda boleh meyakinkan kami bahawa anda tidak akan keluar dan masuk semula ke sektor swasta?
28. Seorang pegawai kerajaan akan sentiasa menghadapi kemungkinan untuk dipindah lokasi dan tempat bekerja. Terangkan respons anda terhadap komitmen sebegini. Bagaimana anda akan menyelesaikan segala cabaran yang muncul dalam proses perpindahan ini?
29.  Nyatakan satu contoh di mana anda telah menonjolkan bakat kepemimpinan semulajadi dalam melaksanakan sesuatu aktivit atau program yang besar dan berjaya.
30. Senarai dasar-dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan Malaysia?
31. Adakah anda bekerja sebelum ini? Jika ya, sila ceritakan bidang pekerjaan sebelum ini. Kenapa berpindah?
32. Wajarkah kerajaan menghapuskan memotong subsidi kerajaan. Mengapa?

** Perlu ingat soalan seperti dasar,isu semasa dalam mahupun luar negara,rancangan kerajaan dsb mestilah yg up to date..Contoh kalo sekarang isu luar seperti kalo di philipine psl isu MILF,thailand-konflik pemisah diselatan thailand,myammar tntg isu Rohingya dsb.Dasar pon kne taw dr dlu smpei skrg.Sumbangan Perdana menteri dlu hngga skrg dsb.

Kena kerja keras sikit la kalo nak dapat kerja kt sektor awam ni sbb yela banyak sekarang ni benefits penjawat awam dpt as compared to sektor swasta.