1. Sila perkenalkan diri anda?
2.
Apa yang anda tahu tentang Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA)? Apakah
peranan yang dimainkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA)?
3. Kenapa anda yang harus kami pilih, dan bukan calon lain? Apa kelebihan anda??
4.
Apa yang menarik minat kami untuk anda diambil bekerja dengan kerajaan?
Mengapakah kami patut mengambil anda bekerja dengan kerajaan?
5.
Setakat yang anda tahu, apakah tugas tugas yang bakal dipikul oleh anda
jika nanti? Peranan Jabatan & Kementerian ini? (bergantung kepada
jawatan yang anda pohon ketika itu)
6. Semasa projek akhir disemester anda, apa yang anda lakukan? Minta ceritakan…
7. Pada pendapat anda, mengapakah Barrack Obama berjaya diangkat menjadi Presiden Amerika Syarikat?
8.
Apakah kelemahan anda yang harus kami ketahui? Adakah anda melakukan
sebarang perkara yang akan membantu anda mengatasi kelemahan tersebut??
9. Apakah matlamat dan perancangan anda untuk jangka masa pendek dan panjang?
10.
Sebagai seorang jurutera, selain daripada kepakaran teknikal, apa lagi
kemahiran lain yang perlu ada pada diri anda untuk membina sebuah
kerjaya yang cemerlang dan membolehkan anda menjadi seorang jurutera
yang serba boleh? Apa inisiatif yang anda ingin lakukan?
11.
Kenapa memohon bekerja sebagai kakitangan kerajaan. Kenapa tidak
swasta? Apa kelebihan dan kekurangan bekerja dengan kerajaan berbanding
dalam sektor swasta??
12. Nyatakan
satu contoh di mana anda telah menonjolkan bakat kepemimpinan semulajadi
dalam melaksanakan sesuatu aktivit atau program yang besar dan
berjaya.?
13. Jika anda diarahkan ditempatkan di Sabah Sarawak, adakah anda sanggup?
14.
Kerajaan memperkenalkan konsep KPI (Key Performance Indicator) untuk
mengukur kecekapan dan keberkesanan menteri menteri yang dilantik di
dalam kabinet. Boleh anda ulas sedikit tentang ini?
15.
Selain daripada KPI, apa lagi langkah langkah atau mekanisme yang
membolehkan sesebuah majikan mengukur kemampuan seseorang pekerja?
16.
Sekarang, negara jiran kita masih diselubungi dengan konflik
penentangan Baju Merah terhadap kerajaan? Bolehkah anda terangkan apa
sebenarnya yang berlaku di Thailand sekarang ini dan punca terjadi
krisis tersebut?
17. Jika anda
keluar dari sektor swasta dan masuk ke jabatan kerajaan, bagaimana anda
boleh meyakinkan kami bahawa anda tidak akan keluar dan masuk semula ke
sektor swasta??
18. Siapakah
Perdana Menteri Britain? Boleh terangkan kepada secara ringkas bagaimana
terbentuknya kerajaan Britain hari ini sekaj keputusan pilihanraya
Britain diumumkan tempoh hari??
19. Apakah yang anda faham dengan konsep 1Malaysia? Apa pendapat anda dengan konsep dibawa Perdana Menteri Malaysia?
20. Apa yang anda faham dengan Rancangan Malaysia Kesembilan?
21.
Siapakah Perdana Menteri Britain? Boleh terangkan kepada secara ringkas
bagaimana terbentuknya kerajaan Britain hari ini selepas keputusan
pilihanraya Britain diumumkan tempoh hari?
22. Bagaimana pendekatan yang anda gunakan bagi menyelesaikan konflik atau perselisihan pendapat dengan rakan sekerja anda?
23. Sila ambil tahu senarai nama menteri Malaysia dan juga timbalannya
24. Siapakah Siapakah Ketua/ Menteri Besar anda?
25. Sila dapatkan maklumat setiap Perdana menteri Malaysia dan sumbangan mereka kepada negara
26.
Aung San Suu Kyi adalah pejuang demokrasi yang dinafikan hak hak
kemanusiaan oleh negaranya Myanmar. Sebagai sebuah negara yang berada di
kerantauan yang sama, apa yang boleh dilakukan oleh Malaysia untuk
menyuarakan kerisauan antarabangsa dan dalam masa yang sama mengekalkan
hubungan diplomatik kedua dua hala??
27.
Jika anda keluar dari sektor swasta dan masuk ke jabatan kerajaan,
bagaimana anda boleh meyakinkan kami bahawa anda tidak akan keluar dan
masuk semula ke sektor swasta?
28.
Seorang pegawai kerajaan akan sentiasa menghadapi kemungkinan untuk
dipindah lokasi dan tempat bekerja. Terangkan respons anda terhadap
komitmen sebegini. Bagaimana anda akan menyelesaikan segala cabaran yang
muncul dalam proses perpindahan ini?
29.
Nyatakan satu contoh di mana anda telah menonjolkan bakat kepemimpinan
semulajadi dalam melaksanakan sesuatu aktivit atau program yang besar
dan berjaya.
30. Senarai dasar-dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan Malaysia?
31. Adakah anda bekerja sebelum ini? Jika ya, sila ceritakan bidang pekerjaan sebelum ini. Kenapa berpindah?
32. Wajarkah kerajaan menghapuskan memotong subsidi kerajaan. Mengapa?
** Perlu ingat soalan seperti dasar,isu semasa dalam mahupun luar negara,rancangan kerajaan dsb mestilah yg up to date..Contoh kalo sekarang isu luar seperti kalo di philipine psl isu MILF,thailand-konflik pemisah diselatan thailand,myammar tntg isu Rohingya dsb.Dasar pon kne taw dr dlu smpei skrg.Sumbangan Perdana menteri dlu hngga skrg dsb.
Kena kerja keras sikit la kalo nak dapat kerja kt sektor awam ni sbb yela banyak sekarang ni benefits penjawat awam dpt as compared to sektor swasta.