Sunday, April 15, 2012

Pelaburan Pinjaman ASB (ASB Loan) VS Simpan Sendiri?

5052895509 dd5044d3db Pelaburan Pinjaman ASB (ASB Loan) VS Simpan Sendiri?
Rata-rata ramai pembaca Berita Semasa pastinya mempunyai simpanan atau pelaburan. Ada banyak instrument pelaburan yang boleh kita gunakan seperti pelaburan Amanah Saham, Forex, Fixed Deposit, dan bermacam-macam lagi.

Ramai sebenarnya masyarakat kita masih kurang kesedaran tentang bagaimana pelaburan-pelaburan ini berfungsi. Kebanyakan mereka suka mengambil jalan mudah dengan main kutu skim cepat kaya, beli pangkat dalam MLM dan sebagainya, yang akhirnya memakan diri sendiri. Sehinggakan semasa nak masuk skim cepat kaya dan MLM, sanggup buat personal loan lagi. Keazaman seperti itu harus dipuji tetapi mungkin tekniknya tidak berapa betul. Apabila MLM hangus, akhirnya diri terpaksa  menanggung hutang pula setiap selama 20 tahun.
Dari kehidupan yang sempit menjadi bertambah perit!.
Kali ini, kami memilih tajuk Pelaburan ASB. Tak perlu lagi kami jelaskan apa yang dimaksudkan dengan pelaburan ASB di sini kerana ASB ini dah pun berpuluh tahun dilaksanakan dan kredibilitinya  diakui ramai dalam memberikan pulangan kepada para pelaburnya. Dividen yang diberikan agak konsisten iaitu sentiasa di atas paras normal. Ini yang menyebabkan ramai memilih pelaburan ASB. Risiko yang dihadapi pelabur agak rendah.
Pelaburan ASB ini, secara mudahnya, kami boleh pecahkan kepada 2 cara bagaimana nak menyimpan duit di dalamnya.
1. Ambil sebahagian duit dari duit gaji tiap-tiap bulan untuk dimasukkan ke dalam akaun ASB anda
2. Buat Pinjaman ASB (loan ASB) dengan Bank-bank seperti Maybank, CIMB, RHB dan sebagainya.
Dan kalau diikutkan dengan situasi sekarang, rasanya ramai di antara kita memilih cara ke-2 seperti di atas untuk menyimpan duit dalam ASB. Pastinya anda paling tidak pun, pernah terjumpa dengan pelan ke-2 ini tadi iaitu pinjaman ASB (loan ASB). Namun di sini, kami akan tunjukkan kepada anda, mana satu cara yang sebenarnya lebih baik dan yang mempunyai kelebihan dalam jangka masa panjang. Pastinya kalau anda lihat di antara ke dua-dua cara itu tadi, ramai yang memilih pelan yang ke-2 iaitu pinjaman ASB (loan ASB). Antara alasannya :
1. Lebih mudah, hanya potong gaji sahaja bulan-bulan.
2. Tak perlu menunggu lama untuk memenuhkan akaun ASB anda
3. Dapat dividen juga
Baiklah, kami ambil satu situasi di mana Encik Ahmad, ingin membuat Pinjaman ASB (loan ASB) sebanyak RM 30,000 dengan bayaran bulanan sebanyak RM 171 selama 25 tahun. Bersama-sama ini kami lampirkan di sini jadual dari website Maybank berkaitan dengan Bayaran Bulanan untuk pinjaman ASB (loan ASB) ini.Perhatikan pada bahagian bawah sekali jadual ini, ada tertulis kadar pinjaman adalah 6.30%.
Jadi sekarang, katakan dah cukup setahun dari tarikh kita buat loan ASB ini, PNB mengumumkan peratus dividen adalah 8.75%. Maka, kita ambil semula jumlah RM 30,000 tadi dan darabkan dengan peratus dividen.
RM 30,000 x 8.75 % = RM 2625
Nampak macam banyak bukan? Tapi jangan lupa pasal bayaran bulanan anda RM 171 itu tadi, maka darabkan dengan dengan 12 bulan.
RM 171 x 12 bulan = RM 2052
Jadi, keuntungan sebenar anda hanyalah :
RM 2625 – RM 2052 = RM 573
Melalui ini, sedikit sebanyak kami nak tarik perhatian anda semua, untuk mengira berapa sebenarnya yang anda dah bayar kepada bank setiap bulan selama 25 tahun sebagai modal pinjaman ASB anda. Dari kadar tahunan bayaran bulanan yang telah pun kita kira sebentar tadi iaitu RM 2052, kita darabkan pula dengan 25 tahun.
RM 2052 x 25 tahun = RM 51300
Namun sebelum itu, adalah baik sekiranya kami kirakan juga kirakan jumlah dividen yang anda  bakal perolehi termasuklah dengan pinjaman matang anda sebanyak RM 30,000 itu tadi selama 25 tahun. Pengiraan ini adalah menggunakan formula “Compound Interest” di mana, hasil dividen tadi pada setiap akhir tahun, akan ditambah semula dengan pinjaman principal anda sebanyak RM 30,000 untuk dikirakan kembali pada tahun ke- 2 dan seterusnya.
Formula compound interest adalah:
  • A=P(1+r/n)nt
  • Di mana:
  • A=Jumlah wang yang diakumulasi
  • P= Amaun pinjaman
  • r=kadar interest
  • t=jumlah berapa tahun pinjaman atau deposit anda
  • n= berapa kali setahun dividen anda dikira dalam kes ini
Hhasilnya adalah seperti di bawah:
A= 30,000(1+0.0875/1)1*25 dan hasilnya pada 25 tahun akan datang adalah:
RM 244,260.31
Wah, Nampak macam banyak bukan. Dalam masa 25 tahun sahaja, jumlah terkumpul anda dalam masa 25 tahun adalah RM 244,260.31. Namun itu belum ditolak dengan jumlah bayaran bulanan anda selama 25 tahun yang berjumlah RM 51,300. Jadi, keuntungan anda sebenar adalah :
RM 244,260.31 – RM 51300 = RM 192,960.31
Jadi, inilah keuntungan yang anda buat setelah 25 tahun memberikan komitmen bulanan kepada bank. Namun ini diandaikan sekiranya anda tidak mengambil dividen tersebut setiap hujung tahun untuk kegunaan anda. Sekiranya anda mengmbilnya setiap hujung tahun, maka jumlah seperti di atas ini, tidak akan tercapai. Ada juga yang menggunakan teknik hanya membayar komitmen selama setahun sahaja dengan bank, dan kemudian untuk tahun kedua, mereka akan gunakan duit dividen pada tahun pertama tadi untuk membayar bayaran bulanan untuk tahun ke-2 dan begitulah seterusnya.
Namun yang perlu di ingat di sini adalah tentang 2 perkara.Iaitu:
  1. Kadar Base Lending Rate (BLR)
  2. Kadar Dividen ASB
Kedua-dua kadar ini sentiasa berubah-ubah. Tidak semestinya BLR tahun ini rendah, maka tahun depan juga rendah. Begitu juga dengan Kadar Dividen ASB. Tahun ini 8.75%, tahun depan belum tentu sama. Mungkin lebih tinggi daripada tahun ini (yang ini akan membuatkan ramai tersenyum lebar) tetapi mungkin akan merosot berbanding kadar dividen tahun ini. Buatnya kalau BLR dah tinggi, tambah pulak dengan kadar pinjaman dah jadi 8%, dividen ASB diumumkan hanya 7.25%. Jadi…risiko tetap ada. Akhirnya anda perlu menambah pula di bank.
Baiklah, sekarang cerita pasal simpan duit sendiri pulak. Katakan kita simpan duit sendiri sebanyak RM 200 sebulan dalam ASB, selama 25 tahun. Ambik kadar rata dividen ASB adalah 8.75%. Jadi, berapakah jumlah terkumpul yang boleh kita dapat dalam masa 25 tahun tersebut?
Sekali lagi formula “Compound Interest” memainkan peranannya. Hasilnya bagi jumlah terkumpul selama 25 tahun adalah sebanyak RM 232,576.79!. Nampak kurang sedikit daripada kaedah membuat pinjaman ASB (loan ASB) bukan? Namun apa yang positifnya di sini adalah, anda tidak perlu membayar bayaran bulanan anda. Maka tak ada apa yang perlu anda tolak
Jelas di sini, menyimpan sendiri adalah lebih baik pada jangka masa panjang. Namun kami juga tidak mengatakan bahawa kaedah pinjaman ASB juga tidak bagus. Namun, sebenarnya, bank lebih banyak mengambil duit dari anda. Sekiranya anda bersedia membayar komitmen bulanan kepada bank untuk pinjaman ASB, maka kami andaikan bahawa anda juga boleh beri komitmen untuk bayar sendiri bulan-bulan ke dalam akaun anda.
Jadi, di sini kami sediakan PRO dan KONTRA bagi pelaburan ASB di antara buat Pinjaman ASB (loan VS Simpan Sendiri.
1) Pinjaman ASB (loan ASB)
Pro:
  1. Dapat prinsipal amaun lebih besar dan seterusnya, dividen lebih banyak dan lebih cepat.
  2. Bank akan telefon anda setiap hujung bulan tentang bayaran bulanan. Jadi, perkataan “terlupa” tak boleh dijadikan alasan. Atau anda juga boleh memilih untuk melakukan pembayaran secara automatik melalui perbankan yang dipilih oleh anda.
  3. Anda akan lebih berdisplin sebab kena buat bayaran bulanan.
  4. Pinjaman anda di insuranskan
Kontra:
  1. Anda tidak dapat memanfaatkan sepenuhnya Future Value pinjaman anda
  2. Bank ambik untung dari pelaburan anda tadi.
  3. Nilai sebenar yang anda dapat sebenarnya kurang dari anda menyimpan sendiri.
  4. Sekiranya dividen kurang dari BLR. Maka anda terpaksa topup kepada bank yang anda pinjam.
2) Simpan Sendiri
Pro:
  1. Future Value yang lebih banyak
  2. Tak kena charge bank
  3. Tiada risiko pada BLR sekiranya dividen diberikan kurang.Anda tetap untung.
Kontra:
  1. Masalah disiplin dalam menyimpan.
  2. Boleh jadi hangat-hangat tahi ayam kalau tak mulakan
Maka, dari pemerhatian kami, kedua-dua cara ini ada kelebihan dan kekurangan. Masalah utama bagi penyimpan sendiri adalah masalah disiplin nak menyimpan sebenarnya. Namun pada zaman ini, alasan ini sudah tidak relevan lagi. Kalau dulu, mungkin alasan malas nak beratur di bank boleh dijadikan penyebab anda masalah untuk melakukan pelaburan ASB contohnya. Namun dalam zaman internet ini, semuanya di hujung jari. Anda kini boleh melakukan pembayaran secara Maybank 2u (CIMB Clicks hanya membenarkan akaun konvensional sahaja, akaun Islamic tidak dibenarkan) untuk menyimpan duit anda akaun ASB sendiri. Jadi, tidak ada masalah bukan?
Apa-apa pun, kedua-dua cara ini adalah yang terbaik sekiranya anda ingin menyimpan wang dan juga anda tidak mengeluarkan dividen di dalamnya. Sekiranya tangan anda gatal setiap kali hujung tahun untuk mengeluar dan menggunakannya, maka sampai ke tualah duit dalam tu tidak beranak-pinak.
Kepada pembaca Berita Semasa yang bijak pandai dan mempunyai idea dan pandangan yang lebih menarik mengenai pelaburan ASB? Mari kongsikan pendapat anda di sini. Perbincangkan dengan pembaca lain di sini.
Pinjaman atau simpan Sendiri?

credit to : Beritasemasa.com

Hapus PTPTN? Tawaran Pendidikan Percuma Daripada Sekolah Rendah Hingga Universiti?

Kami perhatikan Pakatan Rakyat begitu ghairah menabur janji kepada kalangan penyokong khasnya dan rakyat Malaysia umumnya menjelang pilihanraya.Satu demi satu tawaran yang mahu dilaksanakan oleh mereka, jika Pakatan Rakyat memerintah kelak. Terbaru, mereka mengesahkan mahu hapus PTPTN dan menawarkan pendidikan percuma di Malaysia.


Lebih elok juga, hanya cukai pentadbiran dihapuskan sahaja. Tidak hapus PTPTN pun tidak mengapa. Itu sudah cukup memadai sebenarnya dan yang paling pentingnya, ia semestinya menepati konsep Islam yang sebenar-sebenarnya yang mana tiada caj-caj tambahan yang menekan peminjamnya. Kami mempunyai alasan dan cadangan tersendiri mengapa kami tidak bersetuju dengan cadangan hapus PTPTN dan memberikan pendidikan percuma sehingga ke peringkat pengajian tinggi.
Ya…sekarang kerajaan sekarang ini ada menawarkan melalui PTPTN, yang mana jikalau kalangan adik-adik mendapat 1st class PTPTN akan ditukarkan kepada biasiswa. Ini salah satu langkah yang bagus sebenarnya, sebagai reward untuk mereka yang cemerlang & pembakar semangat untuk yang berkobar-kobar mahu menimba ilmu di peringkat yang lebih tinggi. Tetapi sayangnya hanya untuk 1 class sahaja yang diberikan ketika ini. Bagaimana pula dengan 2nd class upper dan ke bawah? Masih bayar seperti biasa….
Mungkin kerajaan sekarang boleh mempertimbangkan cadangan seperti ini :
  1. Ya. Kami sendiri bersetuju jika caj pentadbiran dimansuhkan
  2. Sepatutnya diberikan peluang dan ruang yang lebih luas lagi kepada kalangan mereka yang berjaya mencatatkan keputusan yang cemerlang dengan contohnya memberikan/menukarkan kepada biasiswa penuh (1st class), yang dapat 2nd class upper diberikan diskaun/potong, begitu juga yang dapat 2nd class lower diberikan pula diskaun 30%. Ini contohnya sahaja.
  3. Kemudian, kerajaan mungkin boleh mempertimbangkan, jikalau kalangan peminjam tidak pernah “sangkut” dalam membuat pembayaran dalam tempoh setahun, kerajaan mungkin boleh mengadakan pengecualian cukai pendapatan kepada peminjam
  4. Dan…..jika mereka berjaya melangsaikan hutang pinjaman lebih awal daripada tempoh yang diberikan, mungkin PTPTN juga boleh mempertimbangkan pengurangan jumlah pembayaran atau boleh dinamakan sebagai diskaun
Barulah kalangan pelajar kita mampu berdaya saing dan lebih mempunyai tanggungjawab ketika memperolehi pinjaman untuk tujuan pengajian. Apatah lagi ia membabitkan kemampuan kerajaan dan kelangsungan pentadbiran kerajaan selepas itu. Perbelanjaan menguruskan pusat pengajian bukanlah melibatkan kos yang murah, lebih-lebih membabitkan aspek pembelian peralatan dan kos membuat kajian. Jadi dengan bayaran yuran daripada kalangan pelajar sendiri sekurang-kurangnya mampu menampung beban menguruskan pusat pengajian


Pendidikan Percuma Hapus PTPTN? Tawaran Pendidikan Percuma Daripada Sekolah Rendah Hingga Universiti?
  • Sekarang KDNK Malaysia sudah mencapai 53%
  • Jikalau mahu diberikan pendidikan percuma daripada peringkat bawah sehinggalah ke peringkat pengajian tinggi. Maknanya kena bayar jugalah kan? Pakai duit juga.
  • Ini semua memerlukan perbelanjaan yang besar

               credit to : beritasemasa.com

Nilai Gaji di Malaysia Rendah Berbanding Botswana. Fresh Graduate Minta Gaji Tak Munasabah?

Ada 2 perkara yang kami ingin kongsikan dan sentuh hari ini iaitu melibatkan paras gaji di Malaysia. Pertama sekali, kami ingin kongsikan data yang dikeluarkan baru-baru oleh International Labour Organisation melalui laman BBC di mana meletakkan kedudukan Malaysia “dihimpit antara negara Belarus dan Botswana.

Nilai Gaji di Malaysia dengan 72 Negara Lain di Dunia

Gaji di Malaysia Nilai Gaji di Malaysia Rendah Berbanding Botswana. Fresh Graduate Minta Gaji Tak Munasabah?
Sumber : bbc.co.uk
Apa yang perlu anda fahami  di sini, data di atas melibatkan golongan yang makan gaji dan dalam pada masa yang sama tidak melibatkan keseluruhan populasi sesebuah negara. Apa yang boleh kami katakan berdasarkan penilaian ini, paras gaji di Malaysia masih lagi rendah. Dalam erti kata lainnya, “underpaid”.
  • Data di atas juga tidak termasuk kelompok yang simpan 40 juta di dalam rumah, sebagai contohnya
  • Yang berniaga juga tidak termasuk dalam data ini
Gaji Nilai Gaji di Malaysia Rendah Berbanding Botswana. Fresh Graduate Minta Gaji Tak Munasabah? Apa yang cuba ditonjolkan di dalam statistik ini adalah kos sara hidup di setiap negara termasuklah di Malaysia. Seperti kalangan anda yang biasa mengikuti Berita Semasa, pasti teringat laporan berita yang bertajuk “Harga Kereta Nasional di Luar VS Harga Kereta Nasional di Malaysia Ada Perbezaannya?”. Biasanya ramai yang kerapkali cuba membandingkan harga kereta di Malaysia dengan negara-negara lain di dunia. Apa yang boleh kami katakan di sini, mungkin kami boleh berikan beberapa perbandingan untuk dijadikan contoh :
  • Gaji di Malaysia = RM2080 (PPP961)
  • Gaji di UK = £2080 (PPP3065)
  • Harga kereta Viva di Malaysia (sekitar RM30,000 – RM35,000)
  • Harga BMW di UK (sekitar £25,000 - £30,000)
Ini bermakna Purchasing Power Gaji di UK sebanyak 3 kali ganda lebih tinggi berbanding Malaysia telah menyebabkan  sudah mampu membeli sebuah BMW. Rakyat Malaysia hanya boleh “berbangga” membeli Viva dengan pinjaman kereta selama 5, 7, 9 ataupun 15 tahun (kakitangan kerajaan).
Satu lagi aspek/perkara yang menarik perhatian kami adalah melibatkan faktor produktiviti.
  • Purata GDP Botswana lebih rendah berbanding Malaysia
  • Tetapi Botswana boleh membayar lebih daripada Malaysia?
  • Ada sesuatu yang tidak kena di sini
Di bawah Malaysia dalam ranking terbaru ini ialah Belarus yang merupakan negara Eropah yang ekonominya agak serdahana, lebih kurang di antara negara-negara Scandinavia dan negara Balkan yang lain. Jadi jikalau sudah berada tahap sederhana di Eropah, maka maksudnya ia lebih tinggi daripada yang sederhana di Asia. Botswana pula, diakui antara negara termaju di Afrika. Nama sahaja negara itu datang daripada benua Aftika.
Gaji Malaysia Mahal Nilai Gaji di Malaysia Rendah Berbanding Botswana. Fresh Graduate Minta Gaji Tak Munasabah?
Gaji Fresh Graduate Nilai Gaji di Malaysia Rendah Berbanding Botswana. Fresh Graduate Minta Gaji Tak Munasabah? Di satu sudut lain pula Jobstreet baru-baru ini telah mengeluarkan laporan dan kajian mereka di mana kalangan “fresh graduate” memohon gaji yang agak mahal dan adakalanya kurang realistik. Kurang realistik? Jikalau begitu, berapa sebenarnya gaji yang realistik untuk graduan ini sebenarnya?
  • Kami merasakan ada kalangan yang dilihat “terpaksa” bertindak drastik meminta kaji yang tinggi melihatkan faktor kos sara hidup di Malaysia yang terus melonjak tinggi tanpa ukur baju di badan sendiri (merujuk kepada kepada lokasi tempat kerja/kedudukan syarikat/kemahiran yang dimiliki pemohon). Benarkah begitu?
  • Jadi, berapakah paras gaji untuk pelajar lepasan diploma/ijazah sarjana muda/ijazah sarjana? Setakat ini apa yang kami perhatikan kalangan yang membuat kajian yang memberikan anggaran yang bukan berpandukan fakta dan panda aras yang sepatutnya. Dalam erti kata lain ” tiada hitam putih”
P/S : Apa respon anda pula? Berapa gaji anda semasa mula-mula berkerja dahulu jika dibandingkan dengan gaji anda ketika ini?

credit to: beritasemasa.com

PELABURAN SAHAM BANK RAKYAT ; 15 % DIVIDEN SEJAK 1999


Kalau ada pengumuman Bank Rakyat tawar saham kepada orang ramai, kalau ada duit lebih, beli je. Caranya mudah je, pergi kaunter dan tanya kepada staf Bank Rakyat " nak beli saham". InsyaAllah diaorang akan bantu daripada A-Z. Satu lagi buat pinjaman peribadi atau pinjaman perniagaan, nanti diaorang 'offer' saham 500 unit je kepada kita.Kadar dividen 15% setahun setakat 2010. Sebelum ni pun Bank Rakyat berjaya mengekalkan 15% dalam tempoh 10 tahun sejak 1999. 

Nilai dividen memang tinggi melebihi akaun simpanan, akaun semasa, simpanan tetap dan akaun pelaburan.Memang bagus nilainya...cuma masalahnya. Kita tak boleh nak beli saham dengan kuantiti yang banyak.Silap-silap gaya, bank rakyat bagi kita 500 unit saham sahaja. Kalau setakat dibenar RM 500, memang tak kaya la. Kalau dapat 10,000 unit, berbaloi gak....

SEDIKIT PENGIRAAN:

Beli saham 500 unit dengan RM 500
Dividen 15% setahun : dapat untung RM 75
Tapi kena tolak RM 10 untuk Tabung Pendidikan pulak. Maka bersih untung kita ialah : RM 65 @ 13% je.
Selepas 10 tahun, dapat RM650... rasa macam kurang berbaloi je kalau beli saham RM500. Kena tunggu 8 tahun baru melepasi balik modal RM 500.Rasa macam nak jual saham pun ada kalau camni keadaannya...

Amanah Hartanah Bumiputera (AHB)… Pelaburan Berbaloi?

Amanah Hartanah Bumiputera (AHB)… Pelaburan Berbaloi?