Wednesday, December 22, 2010

Tops 10 Kamera DSLR Terbaik 2010


Nikon D90 antara yang terlaris di pasaran Malaysia

Pada korang yang meminati dunia kamera digital atau yang berhasrat untuk mendapatkannya satu, sudah tentu berminat untuk mengetahui kamera mana yang menjadi pilihan pengguna. Di bawah adalah senarai kamera digital mengikut review untuk pengguna golongan amatur hingga ke pengguna golongan a profesional.

Sila klik pada senarai kamera untuk melihat review kamera




Senarai untuk mereka yang baru memasuki dunia DSLR




Senarai untuk mereka yang berada di golongan pertengahan


Senarai untuk golongan profesional.

Tuesday, December 21, 2010

Perlawanan Akhir Piala Suzuki 2010 : Malaysia lwn Indonesia

Tech tipsComputer Tricks
AFF Suzuki CupSekiranya anda mengalami kemalangan dan menjadi koma semenjak dua minggu lepas, anda mungkin menyangka bahawa Piala Suzuki 2010 (Kejohanan bolasepak AFF) baru sahaja bermula. Jika kejohanan yang menjadi medan ukuran siapa jagoaan bolasepak di rantau Asia Tenggara ini bermula dengan perlawanan antara Indonesia dan Malaysia, ia juga akan berakhir dengan dua pasukan yang sama juga. Ini juga bermakna kejohanan yang dilangsungkan dua tahun sekali dan diwujudkan sejak tahun 1996 ini akan menemukan dua buah pasukan yang belum pernah memenangi piala ini. Oleh itu, apabila tamatnya perlawanan akhir Piala Suzuki 2010, ASEAN Football Federation (AFF) akan bakal menabalkan juara baru rantau Asean. Adakah ianya Malaysia? Atau adakah kita akan “berputih mata”sekali lagi seperti yang berlaku pada tahun 1996 apabila ditewaskan oleh pasukan Thailand pada perlawanan akhir di Singapura yang merupakan kejohanan sulung bagi pasukan-pasukan bernaung di bawah ASEAN Football Federation atau AFF.
Kejohanan bolasepak ASEAN atau ASEAN Football Championship telah julung-julung kali dianjurkan di kota Singapura pada tahun 1996 dengan nama Tiger Cup. Ia bersempena dengan nama “Tiger Beer” yang merupakan produk utama bagi syarikat yang menaja piala ini iaitu syarikat Asia Pacific Breweries yang berpengkalan negara tuan rumah ketika itu, Singapura. Semenjak ASEAN Football Championship (AFC) dianjurkan, negara Thailand dan Singapura telah masing-masing memenangi sebanyak tiga kali. Dominasi ini ditamatkan oleh pasukan Vietnam yang merangkul Kejohanan AFC ini dua tahun lalu apabila ia di hoskan secara bersama oleh Indonesia dan Thailand. Nama Tiger Cup diubah kepada ASEAN Football Championship (AFC) atau Kejohanan Bolasepak Asean pada tahun 2007 apabila penajaan syarikat Asia Pacific Breweries ditamatkan.
piala suzuki 2010
Pada tahun 2008 pula, syarikat kenderaan gergasi dari negara Jepun, Suzuki membeli hak atas nama kejohanan ini dan maka dengan itu ASEAN Football Championship (AFC) ditukar namanya kepada Suzuki Cup 2008 atau Piala Suzuki 2008. Hak ini dikekalkan lagi pada tahun ini dan kejohanan yang dianjurkan bersama (pada peringkat kumpulan) oleh juara bertahan, Vietnam dan Indonesia ini dinamakan sebagai Suzuki Cup 2010 atau Piala Suzuki 2010.
Pasukan yang paling menyerlah untuk kejohanan ini tentulah pasukan Thailand yang bukan sahaja telah memenanginya sebanyak tiga kali, malah ia telah juga menjadi naib juara sebanyak dua kali juga. Pasukan Indonesia yang akan menghadapi pasukan Malaysia di perlawanan akhir Piala Suzuki 2010 pula pernah menjadi naib juara sebanyak tiga kali iaitu pada tahun 2000, 2002 dan 2004 (3 kali berturut-turut). Seperti yang dinyatakan di atas, pencapaian terbaik skuad negara Malaysia adalah menjadi naib juara pada kejohanan pertama di Singapura 1996.
Mungkin ramai yang masih ingat dengan gol tunggal Thailand yang dijaringkan olehKiatisuk Senamuang yang merobek hati seluruh peminat bolasepak tanahair pada ketika itu. Ia juga medan yang menyaksikan beberapa pemain lagenda bolasepak Asia Tenggara pada masa itu beraksi seperti Zainal Abidin Hassan, Azman Adnan, Fandi Ahmad, Hasnim Haron, Kurniawan Dwi Yulianto, Kiatisuk Senamuang, Natapong Sritong-in, dan ramai lagi.
Untuk tahun 2010, Thailand dan Singapura telah tersungkur di peringkat kumpulan lagi yang mana pasukan bukan pilihan Malaysia dan Filipina telah mengejutkan ramai peminat bolasepak di rantau ini dengan kejayaan melayakkan diri ke peringkat separuh akhir. Malaysia kemudiannya mara setapak lagi dengan dengan menewaskan Vietnam (aggregate 2 – 0) di separuh akhir untuk bertemu pasukan Indonesia di perlawanan akhir nanti.
Skuad muda bimbingan bekas pemain negara, K.Rajagobal yang telah pun memberikan persembahan yang baik di Sukan Sea tahun lalu dan Sukan Asia 2010 di Beijing lalu, sekali lagi membuktikan bahawa mungkin ada masa depan yang cerah buat bolasepak Malaysia. Awam mendung yang menyelebungi bolasepak negara semenjak dua dekad lalu nampak terungkai sedikit dan harapan peminat-peminat bolasepak tentulah cahaya yang sering bersinar di zaman kegemilangan 70-an dan 80-an akan kembali menerangi bolasepak Malaysia.
Jika dilihat dari prestasi dan kemampuan kedua-dua buah negara, tentulah pasukanIndonesia akan menjadi pasukan pilihan bagi menjuarai Piala Suzuki 2010. Namun pepatah melayu ada mengatakan “bola itu bulat”, maka dengan itu macam-macam boleh terjadi. Untuk menang, skuad negara harus mengekalkan disiplin dalam padang dan memastikan arahan jurulatih dilaksanakan. Satu kunci kejayaan skuad bimbingan jurulatih-jurulatih terkemuka dunia seperti Sir Alex Ferguson dan Jose Maurinho adalah keupayaan memastikan anak-anak buahnya mengikuti arahan dan taktikal yang diberikan kepada mereka. Satu ciri yang nampaknya kelihatan ada pada K.Rajagobal. Saya amat berharap beliau akan terus mampu berbuat demikian bukan sahaja untuk perlawanan akhir nanti, akan tetapi juga pasca-Piala Suzuki 2010 nanti.
Sekiranya anda ingin menonton perlawanan akhir Piala Suzuki 2010, maka di sini saya catatkan untuk makluman anda semua tarikh perlawanan akhir Piala Suzuki 2010 antara Malaysia dan Indonesia. Perlawanan akan berlangsung sebanyak dua pusingan timbal-balik. Perlawanan pertama akan berlangsung pada 26hb Disember 2010 di Stadium Bukit Jalil. Di harap peminat-peminat bolasepak akan datang berama-ramai memberikan sokongan pada skuad bolasepak negara.
Perlawanan akhir Piala Suzuki 2010 pusingan ke dua pula dijadualkan berlangsung pada 29hb Disember 2010 di Stadium Nasional di Jakarta. Perlawanan akhir Piala Suzuki ini boleh juga ditonton secara langsung di televisyen tempatan termasuk siaran 801 Astro. Bagi yang tidak mempunyai Astro, rasanya pihak RTM atau TV3 akan berusaha membawa siaran secara langsung ini buat peminat bolasepak semua.
Menjelang perlawanan akhir Piala Suzuki 2010 ini, saya berharap para peminat bolasepak negara dapat mendoakan kejayaan pasukan bolasepak Malaysia. Jika pasukan kita menang, tentulah kita berbangga bukan? Semoga Berjaya Malaysia! Glory Glory 1Malaysia…

Model baru Persona R akan dilancarkan 2 tahun lagi






Model konsep Proton Tuah dijangkakan sebagai model Persona R
Salah satu model yang ditunggu-tunggu oleh kebanyakan peminat Proton dan rakyat Malaysia secara amnya, model pengganti Proton Persona atau dikenali sebagai Persona R bakal membuat kemunculan pada tahun 2012. Produksi model terbaru dari Proton itu telah disahkan sendiri oleh Pengarah Urusan Proton Holdings Berhad, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir bahawa pengeluaran model itu akan berdasarkan salah satu model konsep 5 Pahlawan Bersaudara yang dipamerkan di KLIMS 2010 baru-baru ini.
Model Persona R merupakan sebuah sedan bagi menggantikan model Persona yang akan tiba hayat penamatnya pada tahun 2012 nanti apabila polisi terbaru Proton untuk mengeluarkan kereta baru bagi setiap tempoh 5 tahun. Cuma persoalannya kini ialah adakah model konsep Proton Tuah itu merupakan bayangan kepada Persona R? Jika bukan Proton Tuah, atau nama rasminya ketika ini Proton Espire, model manakah lagi yang sesuai menggantikan model Persona di kalangan kelima-lima kereta konsep tersebut?

Berita Buletin Utama TV3 berkenaan Persona R
Persona R dikatakan mendapat sentuhan Italdesign-Giugiaro SpA dari Itali dan bakal hadir dengan reka bentuk bercirikan global, bukan lagi bersifat tempatan. Menurut Datuk Syed Zainal, pengeluaran model Persona R akan mengambil kira kos bahan api serta pengurangan pelepasan karbon dioksida (CO2), sesuai dengan hasrat menjadikan produk tersebut untuk kedua-dua pasaran tempatan dan antarabangsa. Setakat ini kerja-kerja pengeluaran sedang dijalankan dan model terbaru itu tidak mempunyai sebarang kerjasama dengan Mitsubishi Motors Corporation (MMC).
Sementara itu, syarikat vendor Proton yang membekalkan sistem tingkap elektronik Tier-1 PROTON, AutoV Corporation Bhd akan membangunkan tingkap elektronik ‘anti-trap’ menggunakan teknologi terkini Continental AG, yang akan dipasang untuk model terbaru Persona R. Sehubungan dengan itu, AutoV Corporation Bhd telah memeterai perjanjian persefahaman (MoU) dengan Continental Automotive Systems (Shanghai) Co Ltd dan ArvinMeritor LVS Co Ltd di Shah Alam pada 16 Disember yang lalu.

Friday, December 17, 2010



Dan tuhan kamu berfirman:"Berdoalah kepadaKu, nescaya akan Aku perkenankan bagi kamu. Sesungguhnya orang-orang yang meyombongkan diri dari menyembahKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina." -(Surah al-Mukmin :Ayat 60) 

 


Setiap penyakit ada penawarnya. Apabila bertemu dengan kaedah rawatan yang betul dan sesuai serta tepat penawarnya, Insya Allah akan sembuh segala derita sakit samada jasmani mahu pun rohani. Allah s.w.t. menurunkan penyakit dan di samping penyakit itu juga disertakan penawarnya. Terpulang kepada manusia untuk mencari kaedah rawatan yang sesuai dan mengolah segala isi alam ini untuk menjadikannya penawar bagi penyakit yang dideritai. 


AYAT-AYAT SYIFA
Imam Abu Qasim Qushairi rah. telah dilaporkan berkata: "seorang di antara anakku jatuh sakit sehingga dia hampir maut. Di waktu itu aku bermimpi bertemu Rasulullah s.a.w. Baginda bersabda: "Mengapakah kamu tidak ambil berat pada ayat-ayat syifa'? Mengapa tidak kamu amal ayat-ayat itu dan memohon (kepada Allah s.w.t.) disembuhkan?" Setelah jaga aku mula memikirkan peristiwa itu. Setelah diteliti (al-Quran) maka aku temui ayat-ayat itu pada ENAM tempat. Ianya adalah seperti berikut:

Surah At-Taubah: ayat 14

Perangilah mereka, nescaya Allah akan menghancurkan mereka dengan (perantaraan) tangan-tanganmu dan Allah akan menghinakan mereka dan menolong kamu terhadap mereka, serta melegakan hati orang-orang yang beriman.

Surah Yunus: ayat 57



Wahai manusia, Sesungguhnya telah datang kepadamu pelajaran dari Tuhanmu dan penyembuh bagi penyakit-penyakit (yang berada) dalam dada dan petunjuk serta rahmat bagi orang-orang yang beriman.


Surah An-Nahl: ayat 69
Kemudian makanlah dari tiap-tiap (macam) buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan (bagimu). dari perut lebah itu ke luar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang-orang yang memikirkan

Surah Al-Isra' :ayat 82

Dan Kami turunkan dari Al Quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman dan Al Quran itu tidaklah menambah kepada orang-orang yang zalim selain kerugian

Surah Asy-Syua'ara' : ayat 80

Dan apabila aku sakit, Dialah yang menyembuhkan Aku

Surah Fushshilat: ayat 44

Dan Jikalau Kami jadikan Al Quran itu suatu bacaan dalam bahasa selain Arab, tentulah mereka mengatakan: "Mengapa tidak dijelaskan ayat-ayatnya?" Apakah (patut Al Quran) dalam bahasa asing sedang (Rasul adalah orang) Arab? Katakanlah: "Al Quran itu adalah petunjuk dan penawar bagi orang-orang mukmin. dan orang-orang yang tidak beriman pada telinga mereka ada sumbatan, sedang Al Quran itu suatu kegelapan bagi mereka[*1]. mereka itu adalah (seperti) yang dipanggil dari tempat yang jauh".

[*1] Yang dimaksudkan suatu kegelapan bagi mereka ialah tidak memberi petunjuk bagi mereka.

Wajarkah Penggunaan Tenaga Nuklear Sebagai Sumber Tenaga Baru?

Posted by: faizulmdnor.blogspot.com
KENAPA tidak guna tenaga nuklear? Ini merupakan pertanyaan yang sering kali dilontarkan setiap kali berlaku krisis kenaikan harga minyak.
Perkara ini bukan baru kerana ia berlarutan sejak tahun 1970-an apabila negara turut menggunakan minyak untuk menjanakan tenaga elektrik melalui operasi loji janakuasa yang ada.
Sebelum ini dalam mengatasi masalah kenaikan harga minyak, kita beralih kepada penjanaan menggunakan gas dan juga arang batu.
Malangnya, kedua-dua bahan berkenaan juga mengalami peningkatan harga.
Masalah peningkatan penggunaan tenaga elektrik telah memaksa penyedia tenaga itu mencari alternatif lain untuk menjana tenaga itu.
Pengunaan tenaga nuklear merupakan antara tenaga alternatif yang diutarakan termasuk empangan hidro, angin, solar, biomas dan tenaga boleh diperbaharui (RE).
Tenaga nuklear kini menjadi salah satu daripada pilihan untuk menjana tenaga elektrik tetapi pelbagai reaksi dan persepsi tercetus daripada perkataan nuklear itu sendiri.
Apa itu nuklear? istilah ‘nuklear’ merujuk kepada inti atau nukleus atom dan tenaga nuklear adalah tenaga yang dijana daripada tindak balas dalam nukleus atom.
Ada dua jenis tindak balas nuklear yang boleh digunakan untuk menjana tenaga, iaitu tindak balas pembelahan nukleus (nuclear fission) dan tindak balas pelakuran nukleus (nuclear fusion).
Loji-loji janakuasa nuklear yang terdapat di dunia adalah berasaskan tindak balas pembelahan nukleus, sedang loji nuklear berasaskan pelakuran nukleus kini masih dalam proses penyelidikan dan pembangunan dan dijangka tidak akan dapat digunakan dalam tempoh setengah abad akan datang kerana kesukaran teknologinya.
Proses penjanaan tenaga elektrik menggunakan tenaga nuklear melibatkan kitaran bahan api yang dimulai dengan perlombongan uranium, yang merupakan sumber utama untuk menyediakan tenaga nuklear.
Selepas itu, ia akan menjalani proses penukaran uranium, pengayaan uranium, penukaran semua uranium, fabrikasi bahan api dan diikuti dengan penggunaan dalam loji janakuasa nuklear.
Kemudian diikuti dengan penyimpanan sementara bahan api nuklear terpakai, sebelum diproses menjadi bahan api nuklear terpakai dan akhir sekali rawatan dan pelupusan akhir sisa nuklear aras tinggi.
Uranium biasanya diperolehi daripada negara-negara seperti Australia, Kazakhstan, Kanada dan Amerika Syarikat (AS).
Menurut sumber Agensi Nuklear Malaysia (ANK), penjanaan elektrik melalui loji janakuasa nuklear mampu menjamin keselamatan perbekalan tenaga negara.
Selepas 2030, loji-loji janakuasa nuklear Generasi Keempat (IV) yang masih lagi dibangunkan dijangka bukan hanya mampu menghasilkan elektrik, tetapi juga hidrogen cecair yang boleh diedarkan melalui sistem paip untuk dijadikan bahan api gantian petroleum bagi sektor pengangkutan, industri, domestik, komersial dan juga sektor-sektor lain.
Pada asasnya, penggunaan tenaga nuklear dapat mengurangkan pergantungan negara kepada tenaga fosil, terutama arang batu dan gas asli seperti yang digunakan sekarang oleh negara.
Penjimatan kos adalah dari segi kos penjanaan elektrik oleh loji kuasa nuklear yang lebih rendah berbanding sumber tenaga lain.
Di samping aspek kos, penggunaan kuasa nuklear mampu mempertingkatkan keselamatan perbekalan tenaga negara kerana jumlah tenaga yang boleh diperolehi daripada setiap tan bahan api nuklear, iaitu uranium, adalah jauh lebih tinggi daripada sumber tenaga lain.
Sumber tenaga nuklear mampu menjamin keselamatan perbekalan tenaga negara kerana semua jenis bahan api nuklear, sama ada uranium, thorium atau plutonium, mengandungi tenaga spesifik yang tinggi, tenaga spesifik adalah jumlah tenaga yang boleh dihasilkan dari setiap kilogram sesuatu jenis bahan api.
Menurut sumber ANK, kos yang diperlukan untuk membina loji nuklear adalah berbeza-beza mengikut keperluan kapasiti penggunaan tenaga, dan ia melibatkan kos modal dan kos operasi.
Pada peringkat awal, pembinaan loji nuklear adalah mahal, namun penjanaan tenaga elektrik daripada loji tersebut adalah murah berbanding loji arang batu.
Sumber tenaga nuklear juga mampu menjamin keselamatan perbekalan tenaga negara akan lebih terjamin, terutama dalam keadaan pengurangan sumber tenaga yang lain di dalam negara, terutama simpanan atau rizab minyak mentah dan gas asli negara.
Daripada segi perlindungan alam sekitar, kadar penghasilan gas rumah hijau atau karbon yang jauh lebih rendah bagi setiap unit kuasa elektrik yang dijana, berbanding dengan sumber tenaga lain.
Walau bagaimanapun, tenaga nuklear juga mempunyai risiko dan reaksi negatif antaranya risiko kemalangan di loji janakuasa nuklear, namun jumlahnya masih lagi sedikit dibandingkan dengan kemalangan di loji-loji lain.
Masalah lain adalah penempatan loji tersebut yang perlu dipilih dengan betul bagi mengelakkan sebarang kemungkinan yang bakal timbul kelak seperti masalah kebocoran radiasi serta kesan kepada penduduk.
Pelupusan sisa nuklear dan radioaktif perlu diambil kira bagi mengelakkan masalah pencemaran yang akan mengganggu gugat kesihatan penduduk negara, selain pengurusan pembuangan sisanya harus mengikut prosedur yang ditentukan.
Buat masa ini, Indonesia telah membuat keputusan dan sedang bercadang membina empat loji janakuasa nuklear dengan keupayaan 1,000MW setiap satu yang dijangka akan mula beroperasi pada tahun 2016.
Vietnam dan Thailand juga telah membuat keputusan dan bercadang membina loji janakuasa nuklear pertama di negara masing-masing, iaitu dua buah loji yang berkeupayaan 1,000MW untuk mula beroperasi di Vietnam pada tahun 2018 dan dua buah loji berkeupayaan 1,000MW untuk mula beroperasi di Thailand pada tahun 2021.
Sekiranya Malaysia memilih nuklear sebagai tenaga alternatif yang digunakan untuk menjana tenaga elektrik, proses itu perlu dimulakan daripada sekarang kerana proses menyiapkan loji tersebut memakan masa lima hingga 15 tahun.
Sekiranya Malaysia tidak mahu membangunkan tenaga nuklear, tumpuan perlulah diberikan kepada tenaga alternatif lain seperti yang disebutkan tadi. Dari segi kos, masa, keselamatan, dan geopolitik harus juga diambil kira. Seperti apa yang berlaku kepada Iran yang menerima tekanan akibat pembangunan senjata ini dan juga risiko-risiko yang mungkin berlaku seperti letupan loji nuklear yang pernah terjadi di Chernobyl, Rusia.
Apa-apapun, terpulang kepada pihak kerajaan dalam menangani hal ini. Segala baik dan buruk penggunaan tenaga nuklear haruslah dikaji terlebih dahulu daripada akar umbi kerana banyak lagi tenaga lain yang boleh kita gunakan.
Sudah Tiba Masanya Perdagangan Beralih Kepada Penggunaan Dinar Emas - Dr M

LANGKAWI: Perdagangan pada peringkat antarabangsa kini sepatutnya sudah beralih kepada penggunaan dinar emas berikutan nilai dolar US yang semakin merosot, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Katanya nilai emas tidak mudah turun menyebabkan nilainya lebih sesuai digunakan pada peringkat antarabangsa berbanding penggunaan dolar Amerika ketika ini.
"Sebelum ini, US$35 bersamaan satu aun emas. Hari ini, satu aun emas bersamaan US$1,400. Ini bermakna dolar US sudah merosot. Inilah masalah yang dihadapi oleh mata wang fiat...nilainya merosot dengan pantas dan banyak tetapi emas tidak susut nilai sedemikian. Jadi, apabila anda membeli dan menjual menggunakan dinar emas, anda mendapat nilai sebenarnya," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada Persidangan Kewangan dan Ekonomi Islam Langkawi Ke-dua (2LIFE) yang berakhir di sini, Rabu.
"Ini tidak bermakna kita perlu membawa emas dan membuat pembayaran dagangan berasaskan nilai emas yang boleh dilakukan melalui transaksi lain," katanya. Mengenai penggunaan dinar emas di Kelantan, beliau berkata keadaan ketika ini tidak sesuai untuk menggunakan emas sebagai mata wang tetapi lebih sesuai digunakan untuk perdagangan import dan eksport.
Mengenai sistem kewangan Islam, Dr Mahathir berkata ia sepatutnya digunakan untuk membantu negara-negara Islam yang miskin supaya sehingga semua negara tidak lagi miskin.
"Ada negara Islam kaya dan ada yang miskin. Patut ada imbangan. Kita gunakan kewangan Islam kita untuk menabur kepada negara yang miskin. Guna pasaran Islam yang baik...mereka jadi kaya," katanya.
Katanya apa yang penting sistem Islam itu berkembang dengan sendiri dan negara-negara Islam menggunakannya untuk manfaat negara-negara Islam.
"Kewangan Islam akan menjadi (berkesan) bila kita berjaya. Sekarang ini kita lihat orang bukan Islam pun gunakan perbankan Islam...sukuk semua tu. Kewangan Islam ini penting." "Kalau tak faham selok belok bank dan cara nak bayar hutang, kita takkan dapat manfaat sepenuhnya," katanya. - BERNAMA

Wednesday, December 15, 2010

Kawasan Rekreasi Sekitar Hulu Selangor

Kawasan Rekreasi Sg. Inki, Kalumpang

 

Taman Millenium, Kuala Kubu Bharu

 
Air Terjun Semangkuk
 


Santuari Ikan Kelah, Sungai Chiling
 

Sungai Kedondong,Batang Kali

Nike Shoes

Aku suka betol ngan kasut jenama Nike ni..Bile la ak nk g beli..ermm,nmpknyer tunggu bonus masuk la..Yg best pasal Nike ni design dia unik dan ada kelas tersendiri..itu yg mahal sbb nk jaga standard dan kualiti dia..Bawah ni ad beberapa kasut yg ak suka..hehehhe...