Tuesday, December 21, 2010

Perlawanan Akhir Piala Suzuki 2010 : Malaysia lwn Indonesia

Tech tipsComputer Tricks
AFF Suzuki CupSekiranya anda mengalami kemalangan dan menjadi koma semenjak dua minggu lepas, anda mungkin menyangka bahawa Piala Suzuki 2010 (Kejohanan bolasepak AFF) baru sahaja bermula. Jika kejohanan yang menjadi medan ukuran siapa jagoaan bolasepak di rantau Asia Tenggara ini bermula dengan perlawanan antara Indonesia dan Malaysia, ia juga akan berakhir dengan dua pasukan yang sama juga. Ini juga bermakna kejohanan yang dilangsungkan dua tahun sekali dan diwujudkan sejak tahun 1996 ini akan menemukan dua buah pasukan yang belum pernah memenangi piala ini. Oleh itu, apabila tamatnya perlawanan akhir Piala Suzuki 2010, ASEAN Football Federation (AFF) akan bakal menabalkan juara baru rantau AseanAdakah ianya Malaysia? Atau adakah kita akan “berputih mata”sekali lagi seperti yang berlaku pada tahun 1996 apabila ditewaskan oleh pasukan Thailand pada perlawanan akhir di Singapura yang merupakan kejohanan sulung bagi pasukan-pasukan bernaung di bawah ASEAN Football Federation atau AFF.
Kejohanan bolasepak ASEAN atau ASEAN Football Championship telah julung-julung kali dianjurkan di kota Singapura pada tahun 1996 dengan nama Tiger Cup. Ia bersempena dengan nama “Tiger Beer” yang merupakan produk utama bagi syarikat yang menaja piala ini iaitu syarikat Asia Pacific Breweries yang berpengkalan negara tuan rumah ketika itu, Singapura. Semenjak ASEAN Football Championship (AFC) dianjurkan, negara Thailand dan Singapura telah masing-masing memenangi sebanyak tiga kali. Dominasi ini ditamatkan oleh pasukan Vietnam yang merangkul Kejohanan AFC ini dua tahun lalu apabila ia di hoskan secara bersama oleh Indonesia dan Thailand. Nama Tiger Cup diubah kepada ASEAN Football Championship (AFC) atau Kejohanan Bolasepak Asean pada tahun 2007 apabila penajaan syarikat Asia Pacific Breweries ditamatkan.
piala suzuki 2010
Pada tahun 2008 pula, syarikat kenderaan gergasi dari negara Jepun, Suzuki membeli hak atas nama kejohanan ini dan maka dengan itu ASEAN Football Championship (AFC) ditukar namanya kepada Suzuki Cup 2008 atau Piala Suzuki 2008. Hak ini dikekalkan lagi pada tahun ini dan kejohanan yang dianjurkan bersama (pada peringkat kumpulan) oleh juara bertahan, Vietnam dan Indonesia ini dinamakan sebagai Suzuki Cup 2010 atau Piala Suzuki 2010.
Pasukan yang paling menyerlah untuk kejohanan ini tentulah pasukan Thailand yang bukan sahaja telah memenanginya sebanyak tiga kali, malah ia telah juga menjadi naib juara sebanyak dua kali juga. Pasukan Indonesia yang akan menghadapi pasukan Malaysia di perlawanan akhir Piala Suzuki 2010 pula pernah menjadi naib juara sebanyak tiga kali iaitu pada tahun 2000, 2002 dan 2004 (3 kali berturut-turut). Seperti yang dinyatakan di atas, pencapaian terbaik skuad negara Malaysia adalah menjadi naib juara pada kejohanan pertama di Singapura 1996.
Mungkin ramai yang masih ingat dengan gol tunggal Thailand yang dijaringkan olehKiatisuk Senamuang yang merobek hati seluruh peminat bolasepak tanahair pada ketika itu. Ia juga medan yang menyaksikan beberapa pemain lagenda bolasepak Asia Tenggara pada masa itu beraksi seperti Zainal Abidin Hassan, Azman Adnan, Fandi Ahmad, Hasnim Haron, Kurniawan Dwi Yulianto, Kiatisuk Senamuang, Natapong Sritong-in, dan ramai lagi.
Untuk tahun 2010, Thailand dan Singapura telah tersungkur di peringkat kumpulan lagi yang mana pasukan bukan pilihan Malaysia dan Filipina telah mengejutkan ramai peminat bolasepak di rantau ini dengan kejayaan melayakkan diri ke peringkat separuh akhir. Malaysia kemudiannya mara setapak lagi dengan dengan menewaskan Vietnam (aggregate 2 – 0) di separuh akhir untuk bertemu pasukan Indonesia di perlawanan akhir nanti.
Skuad muda bimbingan bekas pemain negara, K.Rajagobal yang telah pun memberikan persembahan yang baik di Sukan Sea tahun lalu dan Sukan Asia 2010 di Beijing lalu, sekali lagi membuktikan bahawa mungkin ada masa depan yang cerah buat bolasepak Malaysia. Awam mendung yang menyelebungi bolasepak negara semenjak dua dekad lalu nampak terungkai sedikit dan harapan peminat-peminat bolasepak tentulah cahaya yang sering bersinar di zaman kegemilangan 70-an dan 80-an akan kembali menerangi bolasepak Malaysia.
Jika dilihat dari prestasi dan kemampuan kedua-dua buah negara, tentulah pasukanIndonesia akan menjadi pasukan pilihan bagi menjuarai Piala Suzuki 2010. Namun pepatah melayu ada mengatakan “bola itu bulat”, maka dengan itu macam-macam boleh terjadi. Untuk menang, skuad negara harus mengekalkan disiplin dalam padang dan memastikan arahan jurulatih dilaksanakan. Satu kunci kejayaan skuad bimbingan jurulatih-jurulatih terkemuka dunia seperti Sir Alex Ferguson dan Jose Maurinho adalah keupayaan memastikan anak-anak buahnya mengikuti arahan dan taktikal yang diberikan kepada mereka. Satu ciri yang nampaknya kelihatan ada pada K.Rajagobal. Saya amat berharap beliau akan terus mampu berbuat demikian bukan sahaja untuk perlawanan akhir nanti, akan tetapi juga pasca-Piala Suzuki 2010 nanti.
Sekiranya anda ingin menonton perlawanan akhir Piala Suzuki 2010, maka di sini saya catatkan untuk makluman anda semua tarikh perlawanan akhir Piala Suzuki 2010 antara Malaysia dan Indonesia. Perlawanan akan berlangsung sebanyak dua pusingan timbal-balik. Perlawanan pertama akan berlangsung pada 26hb Disember 2010 di Stadium Bukit Jalil. Di harap peminat-peminat bolasepak akan datang berama-ramai memberikan sokongan pada skuad bolasepak negara.
Perlawanan akhir Piala Suzuki 2010 pusingan ke dua pula dijadualkan berlangsung pada 29hb Disember 2010 di Stadium Nasional di Jakarta. Perlawanan akhir Piala Suzuki ini boleh juga ditonton secara langsung di televisyen tempatan termasuk siaran 801 Astro. Bagi yang tidak mempunyai Astro, rasanya pihak RTM atau TV3 akan berusaha membawa siaran secara langsung ini buat peminat bolasepak semua.
Menjelang perlawanan akhir Piala Suzuki 2010 ini, saya berharap para peminat bolasepak negara dapat mendoakan kejayaan pasukan bolasepak Malaysia. Jika pasukan kita menang, tentulah kita berbangga bukan? Semoga Berjaya Malaysia! Glory Glory 1Malaysia

1 comment:

  1. Twin disasters in 2014, including the disappearance of Flight 370 en route from Kuala Lumpur to Beijing, hurt the airline's reputation. But Mueller said its main problems were an unsustainable network of routes, high operating costs and archaic information technology systems, among Watch Online Jobs Alerts On Jawatankosong.

    ReplyDelete