Saturday, August 20, 2011

Intern.MY – Temui Tempat Latihan Industri Anda


Jikalau sebelum ini kita lihat pelancaran laman Hired.MY yang memudahkan semua orang mencari tempat kerja, selain menawarkan servis mereka, kini pembangun disebalik lamanRotiKaya memperkenalkan laman Intern.MY yang mana memudahkan para pelajar mencari tempat praktikal di seluruh Malaysia mengikut bidang mereka.

Antaramuka Laman Intern.MY
Seperti sedia maklum, pencarian tempat untuk praktikal boleh dikatakan sedikit sukar. Selain daripada itu, pada masa yang sama, setiap universiti mempunyai pangkalan data mereka yang tersendiri untuk memudahkan para pelajar mereka untuk menemui tempat praktikal masing-masing. Namun begitu, ianya jarang dikemaskini oleh pihak universiti. Tetapi, dengan adanya laman Intern.MY yang memperlihatkan sekali tarikh tamat untuk tawaran beserta dengan peta lokasi yang dijana oleh Google Maps, ianya amat memudahkan para pelajar dalam pencarian lokasi praktikal mereka.
Intern.MY menggunakan platform WordPress untuk beroperasi, dan para pelajar boleh menghantarkan resume mereka dengan mudah melalui laman tersebut tanpa sebarang pendaftaran, dan sebaliknya, sekiranya anda mencari para pelatih industri untuk syarikat anda, anda boleh mendaftarkan diri dan mula memperlihatkan tawaran latihan industri pada harga cuma RM25 sahaja, dan temui pelatih industri yang amat bersesuaian dengan anda.

No comments:

Post a Comment