MENANGKIS KEJAHATAN MAKHLUK HALUS |
RENUNGAN PERANAN JIN DAN SYAITAN Jin dan syaitan adalah musuh utama bagi manusia. Permusuhan ini telah diistiharkan oleh mereka di dalam Al Quran. Firman Allah maksudnya:: "Iblis menjawab : Sebab engkau telah menghukum saya dengan tersesat, saya akan menghalang-halangi mereka dari jalan Mu yang lurus. Kemudian saya akan mendatangi mereka dari depan dan dari belakang mereka, dari kanan dan kiri mereka. Engkau tak akan mendapati kebanyakan dari mereka bersyukur (taat)." (Al-A'raaf 16-17) Di dalam firman Allah yang bermaksud : Kami datangkan bagi setiap nabi itu syaitan dari kalangan jin dan manusia. Jin adalah satu golongan dan manusia adalah satu golongan yang lain. Kedua-dua golongan ini boleh menjadi syaitan (sifat) yang melakukan kejahatan di atas muka dunia ini.(Al-An'am 112) MAKNA PERKATAAN JIN Jin adalah satu nama jenis dan dalam bahasa Inggeris di sebut Ginie - perkataan tunggalnya "Jinny" yang bermaksud yang tersembunyi, yang tertutup atau yang gelap pekat. ASAL KEJADIAN JIN Firman Allah maksudnya: Dan diciptakan jin dari nyalaan api.(Ar-Rahman 15) "Al-Maarij" Bermaksud: Api yang sangat kuat dan sangat panas atau "Al-Lahab" iaitu jilatan api yang sudah bercampur antara satu sama lain iaitu merah, hiam, kuning dan biru. Sesetengah pendapat: Al-Maarij itu ialah api yang bercampur warnanya dan sama maknanya dengan "As-Samuun" iaitu api yang tidak berasap tetapi sangat tinggi suhu panasnya. Angin Samuun yang telah sebati dengan Al-Maarij itulah Allah jadikan Jaan (jin). "Dan jin itu kami ciptakan sebelum Adam dari api yang sangat panas."(Al Hajar 27) "Allah bertanya; Apakah yang menghalang kamu dari sujud (kepada Adam) apabila aku menyuruh kamu. Lalu iblis berkata, aku lebih baik dari Adam, kau menjadikan aku dari api dan kau menjadikannya (Adam) dari tanah.(Al A'raf 12) KEWUJUDAN JIN BUKAN DONGENGAN "Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tenang sempurnanya(; ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertakwa; Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka.(Al Baqarah 2) Demikian itu wajib kepada setiap muslim berikan dengan perkara ghaib yang tidak boleh sama sekali rasa syak dan tidak mengiktiraf kewujudan perkara ghaib termasuk jin dan syaitan. Dalil Al Quran Dan (ingatkanlah peristiwa) semasa Kami menghalakan satu rombongan jin datang kepadamu (wahai Muhammad) untuk mendengar Al-Quran; setelah mereka menghadiri bacaannya, berkatalah (setengahnya kepada yang lain): Diamlah kamu dengan sebulat-bulat ingatan untuk mendengarnya! Kemudian setelah selesai bacaan itu, kembalilah mereka kepada kaumnya (menyiarkan ajaran Al-Quran itu dengan) memberi peringatan dan amaran.(Al Ah Qaf 29) Wahai sekalian jin dan manusia! Bukanlah telah datang kepada kamu Rasul-rasul dari kalangan kamu sendiri, yang menyampaikan kepada kamu ayat-ayatKu (perintah-perintahKu) dan yang memberikan amaran kepada kamu tentang pertemuan kamu dengan hari (kiamat) ini? Mereka menjawab: Kami menjadi saksi mengakui akan (kesalahan) diri kami sendiri (mendustakan Rasul-rasul itu) dan (sebabnya ialah) mereka telah diperdayakan oleh (kemewahan) hidup di dunia dan (kerana itulah) mereka menjadi saksi (pada hari akhirat) terhadap diri mereka sendiri: (Bahawa) sesungguhnya mereka adalah orang-oang yang mengingkari (apa yang telah disampaikan oleh Rasul-rasul itu).(Al An'am 130) TIDAK DILIHAT BUKAN BUKTI TIDAK WUJUD Sifat kejadian makhluk ini tidak dapat dilihat dengan mata kasar dan bukan bermakna ianya tidak ada, mari kita meihat satu contoh seperti aliran elektik tidak kelihaan pada wayar namun apabila disentuh ia akan memberikan reaksi, begitu juga dengan angin, udara, bau-bauan dan sebagainya. |
Friday, December 31, 2010
Thursday, December 30, 2010
Pasukan Malaysia Juara Piala AFF Suzuki 2010
Pasukan bola sepak Malaysia berjaya mencipta sejarah apabila menjadi juara Piala AFF Suzuki 2010 buat pertama kalinya. Keseluruhannya pasukan Malaysia bermain dengan agak bagus sekali. Pujian harus diberikan kepada kesemua pemain Malaysia terutamanya kepada penjaga gol Malaysia iaitu Khairul Fahmi yang berjaya menyelamatkan tendangan penalti dan percubaan merbahaya daripada pasukan Indonesia. Shafie Sali juga bermain dengan cemerlang dan berjaya menjaringkan 1 gol di tempat lawan dan muncul sebagai penjaring terbanyak pada kejohanan Piala AFF Suzuki 2010 sebanyak 5 gol. Keputusan penuh perlawanan Malaysia menang dengan aggregate 4-2.
JAKARTA 29 Dis. – Malaysia mendapat gol pertama hasil jaringan cantik Safee Sali pada minit ke-55 dalam perlawanan final kedua Piala Suzuki AFF 2010.
Pemain Indonesia, Mohammad Nasuha kemudian berjaya menjaringkan gol penyamaan. Setelah itu, Indonesia memperoleh gol kedua melalui jaringan gol sendiri oleh pemain Malaysia, Mohamad Muslim Ahmad.
Bagaimanapun, dalam perlawanan final pertama di Kuala Lumpur 26 Disember, pasukan Malaysia menang selesa ke atas Indonesia dengan keputusan 3-0. – Utusan
Tahniah Buat Skuad Harimau Malaya..
Akhirnya penantian sejak 14 tahun untuk menjuari piala AFF Suzuki menjadi kenyataan apabila skuad bola sepak negara berjaya menganyang skuad Garuda Indonnesia dengan agregat 4-2 walaupon kalah di tempat lawan di stadium Gelora Bung Karno 1-2..Tapi dengan bekalan selesa 3-0 yang dibawa skuad negara di stadium Bukit Jalil bertandang ke Jakarta sudah cukup untuk menabalkan Malaysia selaku juara keempat selepas Thailand dan Singapura masing-masing pernah menyandang sebanyak 3 kali dan Vietnam sekali.
Sudah pastinya skuad Indonnesia juga mengidamkan piala ini untuk penyokong dan negara mereka kerana belum pernah dimenanginya dan pernah menyandang sebanyak 3 kali naib juara.Tidak hairanlah mereka bermain dengan aksi yg garang dan semangat yang membara sehingga tercetusnya beberapa insiden yang menyalarkan serba sikit semangat kesukanan dikalangan penyokong mereka apabila kekalahan mereka di Bukit Jalil menjadikan topik laser,bomoh,pemain import dan tindakan penyokong Malaysia yg melakukan provokasi atas pemain mereka sebagai alasan punca kekalahan.
Padahal masalah laser wujud semasa Malaysia bertandang di Indonnesia lagi sewaktu berlawan di peringkat kumpulan tapi kita redha dengan kekalahan 5-1 atas persembahan hambar skuad negara.Tapi mereka bangkit sehingga ke final.Inilah semangat yg kita mahukan bukan hanya menunding jari kepada org lain ats kesalahan sendiri.Mereka tidak ubah seperti paku dulang paku serpih cakap orang dia yg lebih apabila aksi final timbal balik di Jakarta menyaksikan aksi laser dipancarkan sekali lagi kearah muka Golkeeper Malaysia,Khairul Fahmi apabila skuad Garuda diberikan sepakan percuma.
Disini kita boleh saksikan sendiri siapa yg melakukan provokasi kepada siapa..Akhir kata memang patut sGat la dorg kalah sbb hanya tahu menyalahkan dan memfitnah orang lain..Syabas Skuad Harimau Malaya..GO GO GO..
Tuesday, December 28, 2010
Monday, December 27, 2010
Perbezaan Produk Kicap Kipas Cap Udang Tiruan Dengan Yang Asli! Diragui Status Halal!
Ingatkan VCD je kena ciplak .. kicap cap kipas udang pun kena jugak ..iskk! iskk!
Copy paste dari entry LAGI PERBEZAAN KICAP CAP KIPAS UDANG TIRUAN DAN ASLI EHSAN DARI PIHAK ZARAFOODSTUFF
Terlebih dahulu aku ingin mengucapkan berbanyak terima kasih atas balasan email dari pihak ZARAFOOD iaitu Syarikat Pengeluar KICAP CAP KIPAS UDANG yang telah memberi maklum balas mengenai pertanyaan aku semalam jadi kali ini aku ingin berkongsi dengan semua agar kita sebagai pengguna dapat mengelak dari tertipu oleh Pihak yang tidak bertanggungjawab ini. Dibawah ini aku sertakan maklum balas email dari pihak ZARAFOODSTUFF dan juga perbezaan untuk mengenal Produk Tiruan ini.
ASSALAMUALAIKUM
Yang Dihormati En Azhar Ramli, merujuk emel saudara, pihak ZARA disini sebenarnya telah mengesan kewujudan kicap tiruan ini (botol kecil sahaja) sejak bulan September dan kami tidak membuat publisiti yang meluas berkenaan perkara ini kerana ingin menangkap dalang sebenar yang menjalankan kegiatan ini. Alhamdullialh setakat ini kami telah mengesan beberapa pengedar haram tetapi masih gagal lagi mengesan dalang yang terlibat.
Untuk pengetahuan saudara Azhar sebagai rasa tanggung jawab pihak kami telah membuat bancian disemua kedai runcit dan mini market diseluruh Malaysia bermula pada bulan September dan telah berkerjasama dengan pihak KPDN untuk memberi amaran dan merampas kicap tiruan daripada peruncit telibat.
Untuk jangka pendek bagi mengurangkan impak kepada pengguna pihak kami telah membuat pembaharuan kepada capseal dan label untuk memudahkan pengguna membuat perbandingan diantara kicap tiruan dan asli. Produk dengan Label baru digunakan bermula pada penghujung September hingga kini dan boleh didapati di Hypermarket dan semua kedai-kedai yang lain.
Jika pengguna masih menjumpai produk kicap dengan label lama (Capseal hitam) sila buat perbandingan seperti gambar yang dilampirkan disini sebelum membuat pembelian. Pihak kami mendapati dari segi pembungkusan, 98% peniruan sama dengan yang asli menjadikan pengguna susah untuk melihat perbezaan.
Dari segi rasa memang tidak sama kerana produk tiruan banyak mengunakan air biasa, pewarna dan bahan pemekat , gula serta garam dan tiada rasa lemak (Umami). Berbanding produk asli yang menggunakan peraman ekstrak kacang soya yang mempunyai rasa lemak(umami) seakan rasa monosodium glutamate(ajinomoto).
Oleh itu pihak kami sekali lagi sangat mengalu-alukan peranan Saudara Azhar untuk menyebarkan maklumat ini kepada pengguna setia kami yang lain. Kerjasama saudara amat kami hargai.
Berikut adalah perbezaannya produk kicap kipascap udang tiruan dengan yang asli..
gambar cover penutup botol, tarikh luput dan cetakkan label .. kelihatan blurr dan kurang jelas dari yang asli
Kod bar yang asli dicetak melintang ..
Ring cap original .. tiada lubang pada penutup da warna gelap
Terminal Bersepadu Selatan-Bandar Tasik Selatan (TBS-BTS) Keselesaan Untuk Rakyat
Mulai 1 Januari 2011, Terminal Bersepadu Selatan-Bandar Tasik Selatan (TBS-BTS) akan mula dibuka dan beroperasi sepenuhnya kepada orang ramai terutama mereka yang ingin ke selatan semenjung. Terminal yang dianggar berharga RM570 juta mula dibina pada 2008 dengan dilengkapi kemudahan moden, dijangka dapat memberikan keselesaan yang lebih baik kepada pengguna berbanding terminal sebelum ini.
Bagi memastikan kelancaran perjalanan yang lebih selesa, terminal ini dihubungkan dengan Lebuh Raya Sungai Besi (BESRAYA) , Lebuh Raya Seremban di bahagian selatan serta Jalan Lingkaran Tengah II (MRR II) di bahagian timur. Dibina di kawasan seluas 19.6 hektar, bangunan TBS-BTS, mengandungi enam tingkat termasuk 55 platform bas untuk 1,000 bas keluar dan masuk setiap hari, 150 perhentian teksi, 1,000 parkir kereta termasuk parkir khas untuk wanita. Sebanyak 1,800 tempat duduk disediakan di aras tempat menunggu bersaiz 170,000 kaki persegi dan boleh memuatkan seramai 40,000 orang pada satu-satu masa.
Antara kemudahan yang disediakan adalah seperti;
Canggih!

Jambatan yang menghubungkan ERL-KTM-Sri Petaling stesen ke terminal baru.
- Kaunter khidmat pelanggan yang beroperasi 24 jam.
- Kemudahan pembelian dan penempahan tiket secara online 'e-ticketing' melalui www.tbsbts.com.my.
- Penggunaan skrin untuk pelanggan disediakan di hadapan kaunter dan mikrofon di dalam kaunter supaya penumpang dapat melihat dan mendengar dengan jelas maklumat yang disampaikan pihak pentadbiran.
- 19 kaunter tiket yang disediakan untuk membeli tiket.
- Enam mesin kiosk untuk membeli tiket secara tunai atau 'touch n go'.
Lobi terminal ..
- Sistem siaran informasi pengunjung (PIDS) seperti jadual pelepasan bas diletakkan di setiap tingkat manakala balai ketibaan dan pelepasan di tingkat bawah disediakan khusus untuk penumpang sahaja.
- Kemudahan seperti restoran, kemudahan mesin juruwang automatik (ATM), bilik rehat VIP, surau, tandas, tempat menukar lampin bayi sertaperkhidmatan WiFi.
Kemudahan tempat duduk yang selesa ..
- Kemudahan untuk Orang Kelainan Upaya (OKU) turut disediakan seperti lantai penunjuk arah, kaunter perkhidmatan dan tiket yang direndahkan, tandas, lif, laluan jalan istimewa serta petak letak kereta khas untuk mereka.
- Ciri-ciri tiket bas sama seperti tiket kapal terbang di mana di atas tiket tertera nama dan nombor kad pengenalan penumpang dan hanya mereka sahaja yang boleh menaiki bas itu.
- Perkhidmatan 'Usher' di setiap aras bagi membantu penumpang OKU dan penumpang warga emas bermula mereka membeli tiket hingga menaiki bas.
- Langkah keselamatan dengan memasang 500 kamera litar tertutup (CCTV) , 250 polis bantuan bertugas membuat rondaan di setiap tingkat dan pos polis disediakan di kawasan parkir.
- Penggunaan teknologi hijau dan mesra alambanyak digunakan seperti lampu yang digunakan adalah mesra alam serta terdapat 'Central Vacuum System' untuk memastikan sampah dibuang di tempat yang betul
- Hentian rehat bas dilengkapi dengan stesen minyak, surau dan kantin.
Sunday, December 26, 2010
Kemasukan IPTA Sesi 2011/2012 ~ bulan September 2011 ye.. BUKAN Julai lagi!!
Aku rasa ramai yang dah tau benda ni.. tapi aku ni lemau, ketinggalan keretapi, baru je dapat maklumat ni tadi.. Kemasukan pelajar baru lepasan STPM dan setaraf ke IPTA untuk sesi 2011/2012 adalah pada bulan September 2011.. aku rasa current studentpun akan effect sekali.. SO, ini bermakna 4 bulan semester break!!! Whoaahhhhh!! Bahagia ke Disaster ni?? Aku rasa student dan lecturer dua2 rasa bahagia.. studentbahagia sebab boleh enjoy lagi.. and lecturer pun bahagia sebab tak payah tengok muka student..
tapi kannnn.. 3 & 4 september tu orang masih sibuk beraya.. yang IPT dekat2 dengan rumah oklaa jugak.. kalau IPT jauh2 nak kena naik kapal terobang segala, susah jugak dibuatnye... takut takde tiket je..
Meh share meh pendapat2 korang....
Kemasukan IPTA Sesi 2011/2012 ~ bulan September 2011 ye.. BUKAN Julai lagi!!
Aku rasa ramai yang dah tau benda ni.. tapi aku ni lemau, ketinggalan keretapi, baru je dapat maklumat ni tadi.. Kemasukan pelajar baru lepasan STPM dan setaraf ke IPTA untuk sesi 2011/2012 adalah pada bulan September 2011.. aku rasa current student pun akan effect sekali.. SO, ini bermakna 4 bulan semester break!!! Whoaahhhhh!! Bahagia ke Disaster ni?? Aku rasa student dan lecturer dua2 rasa bahagia.. student bahagia sebab boleh enjoy lagi.. and lecturer pun bahagia sebab tak payah tengok muka student.. tapi kannnn.. 3 & 4 september tu orang masih sibuk beraya.. yang IPT dekat2 dengan rumah oklaa jugak.. kalau IPT jauh2 nak kena naik kapal terobang segala, susah jugak dibuatnye... takut takde tiket je.. Meh share meh pendapat2 korang.... |
Thursday, December 23, 2010
Projek MRT Lembah Kelang mula dibina Julai
Najib berkata antara RM8 bilion dan RM12 bilion akan dijana melalui limpahan dari kerja-kerja pembinaan.
"Sebanyak RM21 bilion impak peningkatan GNI setiap tahun akan dijana pada tahun 2020 dari penambahan nilai hartanah dan penambahan kadar produktiviti," katanya selepas mengumumkan bahawa Jemaah Menteri pada mesyuarat mingguannya semalam telah meluluskan perlaksanaan projek MRT berkenaan di Petaling Jaya.
Projek MRT yang merupakan projek infrastruktur yang terbesar di Malaysia adalah satu projek kemasukan ekonomi (EPP) untuk NKEA (Bidang Ekonomi Utama Negara) Greater Kuala Lumpur/Lembah Klang di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP).
Beliau juga berkata projek MRT ini akan menjana 130,000 peluang pekerjaan dalam tempoh masa pembangunannya.
Katanya kerja pembangunan projek tersebut dijangka bermula Julai tahun depan dan akan mengambil masa lima atau enam tahun.
Stesen integrasi
Najib berkata laluan pertama projek MRT ini akan menghubungkan Sungai Buloh dengan Kajang dan akan melalui pusat bandaraya Kuala Lumpur.
"Jarak laluan ini adalah lebih kurang 60km dan 35 stesen akan dibangunkan sepanjang laluan ini. Stesen-stesen integrasi akan dibangunkan di lokasi di mana laluan MRT bersilang dengan laluan KTM Komuter, laluan transit aliran ringan atau light rail transit (LRT) Kelana Jaya dan laluan LRT Ampang," katanya.
Laluan MRT Sungai Buloh-Kajang ini akan memberi perkhidmatan tren yang efisyen kepada kira-kira 1.2 juta penduduk, katanya, sambil menyatakan bahawa MRT itu akan melalui kawasan padat penduduk seperti Kota Damansara, Mutiara Damansara, Bandar Utama, Taman Tun Dr Ismail, Bukit Damansara, Cheras, Bandar Tun Hussein Onn dan Balakong.
Katanya lebih daripada 400,000 orang dijangka menggunakan perkhidmatan MRT tersebut setiap hari.
Najib berkata laluan muktamad MRT tersebut serta lokasi stesen masih belum ditetapkan dan kajian pengurusan nilai akan dijalankan untuk menentukan laluan yang muktamad dengan mengambil kira kadar penggunaan yang optima serta pengrealisasian nilai hartanah yang maksima.
Oleh kerana itu, katanya kos projek yang tepat hanya akan dapat ditetapkan setelah kajian tersebut diselesaikan.
"Harga keseluruhan projek ini masih lagi dalam peringkat dihalusi, anggaran awal projek ini dalam tahun 2009 dalam lingkungan RM36 bilion tetapi ini akan tertakluk kepada perubahan apabila sampai pada masanya," katanya.
Beliau berkata harga terakhir projek tersebut bergantung kepada faktor seperti kontrak-kontrak yang akan ditawarkan melalui tender terbuka, kenaikan harga barangan dan sebagainya.

Rel tidak mencukupi
Najib berkata kerajaan telah memilih laluan Sungai Buloh-Kajang untuk memulakan projek MRT di Lembah Klang kerana koridor ini tidak mempunyai perkhidmatan pengangkutan awam rel yang mencukupi.
Pada masa yang sama, kajian terperinci atas laluan ini telah pun dijalankan kerana laluan ini telah dicadang oleh Syarikat Prasarana Negara Bhd pada tahun 2008 dan juga oleh MMC-Gamuda Joint Venture Sdn Bhd baru-baru ini.
Laluan MRT Sungai Buloh-Kajang adalah fasa pertama dalam pembangunan jaringan MRT di Lembah Klang.
Laluan-laluan yang akan dibangunkan pada masa hadapan telah dicadangkan dan kini sedang dikaji di bawah skop Pelan Induk Pengangkutan Awam Bandar yang dijalankan oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat.
Pembangunan laluan yang lain itu akan dilaksanakan dalam beberapa fasa, katanya.
Ditanya mengenai sama ada kerajaan akan mengumumkan projek baru di bawah EPP, Najib berkata terdapat beberapa projek baru yang akan diumumkan Januari tahun depan.
- Bernama

Subscribe to:
Posts (Atom)