Thursday, December 30, 2010

Pasukan Malaysia Juara Piala AFF Suzuki 2010

















safie sali aff
Pasukan bola sepak Malaysia berjaya mencipta sejarah apabila menjadi juara Piala AFF Suzuki 2010 buat pertama kalinya. Keseluruhannya pasukan Malaysia bermain dengan agak bagus sekali. Pujian harus diberikan kepada kesemua pemain Malaysia terutamanya kepada penjaga gol  Malaysia iaitu Khairul Fahmi yang berjaya menyelamatkan tendangan penalti dan percubaan merbahaya daripada pasukan Indonesia. Shafie Sali juga bermain dengan cemerlang dan berjaya menjaringkan 1 gol di tempat lawan dan muncul sebagai penjaring terbanyak pada kejohanan Piala AFF Suzuki 2010 sebanyak 5 gol. Keputusan penuh perlawanan Malaysia menang dengan aggregate 4-2.
khairul fahmi aff
malaysia juara piala suzuki aff
malaysia juara piala suzuki aff
malaysia piala suzuki aff 2010JAKARTA 29 Dis. – Malaysia mendapat gol pertama hasil jaringan cantik Safee Sali pada minit ke-55 dalam perlawanan final kedua Piala Suzuki AFF 2010.
Pemain Indonesia, Mohammad Nasuha kemudian berjaya menjaringkan gol penyamaan. Setelah itu, Indonesia memperoleh gol kedua melalui jaringan gol sendiri oleh pemain Malaysia, Mohamad Muslim Ahmad.
Bagaimanapun, dalam perlawanan final pertama di Kuala Lumpur 26 Disember, pasukan Malaysia menang selesa ke atas Indonesia dengan keputusan 3-0. – Utusan





Tahniah Buat Skuad Harimau Malaya..


Akhirnya penantian sejak 14 tahun untuk menjuari piala AFF Suzuki menjadi kenyataan apabila skuad bola sepak negara berjaya menganyang skuad Garuda Indonnesia dengan agregat 4-2 walaupon kalah di tempat lawan di stadium Gelora Bung Karno 1-2..Tapi dengan bekalan selesa 3-0 yang dibawa skuad negara di stadium Bukit Jalil bertandang ke Jakarta sudah cukup untuk menabalkan Malaysia selaku juara keempat selepas Thailand dan Singapura masing-masing pernah menyandang sebanyak 3 kali dan Vietnam sekali.


Sudah pastinya skuad Indonnesia juga mengidamkan piala ini untuk penyokong dan negara mereka kerana belum pernah dimenanginya dan pernah menyandang sebanyak 3 kali naib juara.Tidak hairanlah mereka bermain dengan aksi yg garang dan semangat yang membara sehingga tercetusnya beberapa insiden yang menyalarkan serba sikit semangat kesukanan dikalangan penyokong mereka apabila kekalahan mereka di Bukit Jalil menjadikan topik laser,bomoh,pemain import dan tindakan penyokong Malaysia yg melakukan provokasi atas pemain mereka sebagai alasan punca kekalahan.




Padahal masalah laser wujud semasa Malaysia bertandang di Indonnesia lagi sewaktu berlawan di peringkat kumpulan tapi kita redha dengan kekalahan 5-1 atas persembahan hambar skuad negara.Tapi mereka bangkit sehingga ke final.Inilah semangat yg kita mahukan bukan hanya menunding jari kepada org lain ats kesalahan sendiri.Mereka tidak ubah seperti  paku dulang paku serpih cakap orang dia yg lebih apabila aksi final timbal balik di Jakarta menyaksikan aksi laser dipancarkan sekali lagi kearah muka Golkeeper Malaysia,Khairul Fahmi apabila skuad Garuda diberikan sepakan percuma.




Disini kita boleh saksikan sendiri siapa yg melakukan provokasi kepada siapa..Akhir kata memang patut sGat la dorg kalah sbb hanya tahu menyalahkan dan memfitnah orang lain..Syabas Skuad Harimau Malaya..GO GO GO..




No comments:

Post a Comment