Monday, December 27, 2010

Terminal Bersepadu Selatan-Bandar Tasik Selatan (TBS-BTS) Keselesaan Untuk Rakyat

Mulai 1 Januari 2011, Terminal Bersepadu Selatan-Bandar Tasik Selatan (TBS-BTS) akan mula dibuka dan beroperasi sepenuhnya kepada orang ramai terutama mereka yang ingin ke selatan semenjung. Terminal yang dianggar berharga RM570 juta mula dibina pada 2008 dengan dilengkapi kemudahan moden, dijangka dapat memberikan keselesaan yang lebih baik kepada pengguna berbanding terminal sebelum ini.
terminal bersepadu bandar tasik selatan
Canggih!

Bagi memastikan kelancaran perjalanan yang lebih selesa, terminal ini dihubungkan dengan Lebuh Raya Sungai Besi (BESRAYA) , Lebuh Raya Seremban di bahagian selatan serta Jalan Lingkaran Tengah II (MRR II) di bahagian timur. Dibina di kawasan seluas 19.6 hektar, bangunan TBS-BTS, mengandungi enam tingkat termasuk
 55 platform bas untuk 1,000 bas keluar dan masuk setiap hari, 150 perhentian teksi, 1,000 parkir kereta termasuk parkir khas untuk wanita. Sebanyak 1,800 tempat duduk disediakan di aras tempat menunggu bersaiz 170,000 kaki persegi dan boleh memuatkan seramai 40,000 orang pada satu-satu masa.
ERL bandar tasik selatan
Jambatan yang menghubungkan ERL-KTM-Sri Petaling stesen ke terminal baru.
 
Antara kemudahan yang disediakan adalah seperti;
  • Kaunter khidmat pelanggan yang beroperasi 24 jam.
  • Kemudahan pembelian dan penempahan tiket secara online 'e-ticketing' melalui www.tbsbts.com.my.
  • Penggunaan skrin untuk pelanggan disediakan di hadapan kaunter dan mikrofon di dalam kaunter supaya penumpang dapat melihat dan mendengar dengan jelas maklumat yang disampaikan pihak pentadbiran.
  • 19 kaunter tiket yang disediakan untuk membeli tiket.
  • Enam mesin kiosk untuk membeli tiket secara tunai atau 'touch n go'.
Lobi terminal bandar tasik selatan
Lobi terminal ..

  • Sistem siaran informasi pengunjung (PIDS) seperti jadual pelepasan bas diletakkan di setiap tingkat manakala balai ketibaan dan pelepasan di tingkat bawah disediakan khusus untuk penumpang sahaja.
  • Kemudahan seperti restoran, kemudahan mesin juruwang automatik (ATM), bilik rehat VIP, surau, tandas, tempat menukar lampin bayi sertaperkhidmatan WiFi.
Kemudahan terminal bandar tasik selatan
Kemudahan tempat duduk yang selesa ..
  • Kemudahan untuk Orang Kelainan Upaya (OKU) turut disediakan seperti lantai penunjuk arah, kaunter perkhidmatan dan tiket yang direndahkan, tandas, lif, laluan jalan istimewa serta petak letak kereta khas untuk mereka.
  • Ciri-ciri tiket bas sama seperti tiket kapal terbang di mana di atas tiket tertera nama dan nombor kad pengenalan penumpang dan hanya mereka sahaja yang boleh menaiki bas itu.
  • Perkhidmatan 'Usher' di setiap aras bagi membantu penumpang OKU dan penumpang warga emas bermula mereka membeli tiket hingga menaiki bas.
  • Langkah keselamatan dengan memasang 500 kamera litar tertutup (CCTV) , 250 polis bantuan bertugas membuat rondaan di setiap tingkat dan pos polis disediakan di kawasan parkir.
  • Penggunaan teknologi hijau dan mesra alambanyak digunakan seperti lampu yang digunakan adalah mesra alam serta terdapat 'Central Vacuum System' untuk memastikan sampah dibuang di tempat yang betul
  • Hentian rehat bas dilengkapi dengan stesen minyak, surau dan kantin.

No comments:

Post a Comment